Skip to main content

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

 


Memiliki tubuh badan yang kurus dan ideal adalah idaman semua orang.Oleh itu berbagai cara digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Mencari info-info dan tips  kurus dengan cepat di Internet, malah ada yang cuba mengambil pil-pil kurus dan ada juga membuat pembedahan buang lemak. Cara-cara tersebut bukan sahaja ada kesan sampingan malah bahaya kepada kita.


Kalau nak kurus biarlah dengan cara yang sihat dan tidak memudaratkan diri sendiri. Kita hendak kurus yang sihat bukannya kurus disebabkan penyakit. Kita perlu ada ilmu dan banyakkan membaca mencari cara-cara mengurangkan berat badan dengan cara yang betul.



Justeru itu saya kongsikan beberapa tips kurus dengan cepat dan selamat untuk dijadikan panduan.


1. ELAKKAN PENGAMBILAN GULA

    Tips kurus yang pertama ialah hentikan pengambilan gula dalam makanan ataupun minuman. Hal ini kerana ia tidak mengenyangkan dan hanya membuat kita makan dalam kuantiti yang banyak. Bukan itu sahaja,makanan dan minuman yang mengandungi gula menyebabkan peningkatan gula dalam darah (hyperglycemia). Terlalu banyak gula dalam darah akan menyebabkan sel-sel menyimpan gula tersebut sebagai lemak. Sekaligus menyebabkan berat badan meningkat.

Selain itu makanan bergula mempunyai kalori yang tinggi malah tidak mempunyai apa-apa nutrisi lain seperti vitamin  atau serat untuk kesihatan.   



2.  AMBIL TAHU TENTANG KALORI YANG DIPERLUKAN

    Kalori ialah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga yang sangat penting bagi melakukan rutin harian. Untuk kurus atau menurunkan berat badan, kalori yang masuk mesti lebih rendah daripada kalori yang keluar. 

Secara umumnya lelaki dan perempuan memerlukan kalori sebanyak:-

    *LELAKI    :    2000 -2500 KCAL SEHARI

    *PEREMPUAN    :    1600 - 2000 KCAL SEHARI.                                    

Kira dan catat kalori makanan setiap kali anda makan. Anda boleh menggunakan applikasi  "Calorie Counter" yang terdapat di Google Play atau App Store untuk memudahkan anda mengira jumlah kalori dan nutrien yang diambil.

Kita kena faham kalori bukan datang daripada karbohidrat semata-mata tetapi juga datang dari protein dan lemak.


3. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

    Kajian mendapati minum air dapat meningkatkan metabolisma  badan, sebanyak 24% - 30% ,dalam jangka masa  1 ke 1.5 jam. apabila metabolisma meningkat,ia dapat membantu tubuh membakar lebih banyak kalori.

Terdapat satu lagi kajian menunjukkan bahawa dengan meminum air setengah liter kira-kira  dua setengah  jam sebelum makan boleh membantu mengurangkan selera makan seterusnya menurunkan berat badan sebanyak 44% berbanding mereka yang tiada minum air.




4. TIDUR YANG CUKUP

       Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan peningkatan hormon "ghrelin". Hormon ini menyebabkan anda berasa lapar. Peningkatan hormon ini juga mengurangkan paras "leptin", iaitu hormon yang menyebabkan anda kenyang.


5. JANGAN TAHAN LAPAR

    Kebanyakan orang yang ingin kurus akan melakukan diet yang melampau sehngga sanggup menahan lapar. Cara ini sebenarnya tidak efektif kerana ia membuatkan anda cenderung makan banyak.

Jika ingin menurunkan berat badan jangan berlapar. Cara diet yang betul adalah memilih makanan yang rendah karbohidrat dan tinggi protein.

Makan snek yang rendah kalori diantara setiap waktu makan seperti kekacang atau buah-buahan dapat membuatkan anda berasa kenyang.


6. BERSENAM 

    Selain menjaga pemakanan,bersenam adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan disamping menjaga kesihatan.

Berjalan adalah antara senaman yang sesuai dilakukan bagi sesiapa yang ingin mula bersenam. Ia tidak memberlukan peralatan seperti di gym dan tidak membebankan pada anggota badan anda. Untuk permulaan anda boleh cuba berjalan selama 30 minit 3-4 kali seminggu.

Jogging dan berlari juga antara senaman yang bagus dipraktikkan untuk membakar kalori. anda disarankan untuk jogging atau berlari selama 20-30 minit 3-4 kali seminggu,jika anda mampu.

Berenang adalah senaman yang menggunakan seluruh otot badan,selain menghilangkan lemak, berenang juga boleh meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan risiko jantung.


7.  BERPUASA

    Amalan berpuasa dipraktikkan dalam diet Intermittent Fasting. Selain mengurangkan pengambilan makan dan minuman dalam sehari berpuasa juga didapati boleh mempengaruhi hormon anda.

Hormon Insulin anda adalah pada paras yang rendah ketika berpuasa. Ini membantu membakar kalori. Selain itu, tubuh juga menghantar hormon "Norepinephrine" kepada tisu-tisu lemak untuk ditukar kepada tenaga.


8. SUPLEMEN

  Jika digabungkan dengan  penjagaan makanan,bersenaman dan pengambilan suplemen membantu mempercepatkan usaha anda untuk turunkan berat badan.

Suplemen atau  vitamin bukanlah ubat kurus untuk kurus dengan cepat,ianya membantu mempercepatkan proses nak kurus dan menambah dan memperbaiki nutrisi  dalam badan.


PENGALAMAN SAYA SENDIRI

Saya pernah mengalami masalah berat badan sehingga mengganggu rutin harian,selalu sakit kaki dan sakit kepala. Saya nekad nak turunkan berat badan demi kesihatan. Antara tips yang tersebut di atas saya amalkan. Terutama dalam pengambilan gula, saya tidak lagi minum miuman  manis dan kekal minum air kosong ikut keperluan badan.


Saya juga mengambil suplemen untuk membantu mencepatkan proses turun berat badan. Suplemen saya ambil adalah supplemen Shaklee


*Lecithin Shaklee

*Herb- Lax Shaklee

*Omega Shaklee

*Cinch Shaklee

*Alfafa Shaklee

Semua itu ada dalam set HELLO NEW YOU


LECITHIN

Merupakan agen pembakar lemak. Ia berfungsi sebagai pengemulsi lemak semulajadi dalam salur darah, membantu mempercepatkan proses pemecahan lemak dan meningkatkan metabolisma badan juga. Yang bagusnya lecithin juga mencegah pengumpulan lemak pada dinding jantung, arteri (salur darah) dan otak dengan memecahkan lemak yang terkumpul.

Cinch Shake

Bagi yang nak kurus dan tidak suka tablet boleh cuba jenis minuman iaitu cinch shake shaklee. Cinch Shake ada 3 perisa yang boleh kita pilih iaitu chocolate, cafe latte dan vanilla. Rasa Cinch Shake ini sedap.

Cinch tinggi dengan protein bagus untuk yang fokus menurunkan berat badan. Protein cinch mempunyai kandungan nutrisi yang lebih padat, ada serat, ada semua multivitamin sebab tu juga boleh jadi meal replacement. Dan lebih kenyang lama bila minum berbanding mereka yang suka mengambil karbohidrat ringkas.


HERBLAX

Juga agen detox penting untuk badan kita. Herblax membantu menyingkirkan toksin sebab makan berlebihan setiap hari. Selain tu, ia juga bagus untuk membersihkan usus dan perut dengan lembut secara semulajadi. Jadi lebih mudah nak membuang sekaligus membantu melegakan sembelit.

OMEGA GUARD

Agen pembakar lemak kerana ada omega 3 di dalamnya. Omega 3 ini yang bagus untuk yang nak kuruskan badan. Ia membantu dengan cara meningkatkan metabolisme badan, meningkatkan kadar pembakaran lemak, dan mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita.








Kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana saya boleh turun berat badan dan kekal maintain sehingga kini boleh hubungi saya .Hendak tahu pasal supplemen  Shaklee Set New You boleh bantu mencepatkan turun berat badan  dialu-alukan,jangan malu-malu hubungi saya.



kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh klik ni

***  KURUS DENGAN CEPAT***


Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak
012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#NextlevelBlogging

#Shakleethrive2023

#Shakleetriumph2023

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum..salam sejahtera Mempunyai kulit wajah yang tidak ada masalah kulit terutama jeragat menjadi idaman semua orang terutama wanita.  Oleh itu entri saya kali ini akan menerangkan apa itu jeragat dan petua-petua untuk mengatasi masalah jeragat ini. APA ITU JERAGAT? Hiperpigmentasi atau jeragat berlaku apabila kawasan kulit tertentu menjadi lebih gelap atau tebal. Perubahan warna ini menjadikan kulit kelihatan kusam dan tone kulit tidak sekata. Pigmentasi merupakan perwarnaan kulit ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh sel-sel kulit. Istilah ini boleh metangkumi pelbagai jenis gangguan pigmentasi kulit yang boleh menjejaskan kawasan kulit yang kecil atau besar. Walaupun jeragat tidak berbahaya  tetapi ia mungkin menjejaskan penampilan seseorang. Sebelum kita mengetahui apa Petua Hilangkan Jeragat terlebih dahulu perlu kita ketahui apa yang menyebabkan terjadinya jeragat. BERIKUT ADALAH PUNCA-PUNCA TERJADINYA JERAGAT SINARAN ULTRALEMBAYUNG (UV) -  Sinar UV sela

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa b

VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

Assalamualaikum WBT Semua orang hendak kulit cantik,berseri-seri, bukan sekadar cantik di muka sahaja tetapi keseluruhan badan. Oleh itu pengambilan produk kecantikan dan vitamin kulit cantik diperlukan untuk mendapatkan kulit yang diidam-idamkan. Tanpa kesan parut,jerawat,jeragat dan sebagainya. Kulit cantik bukan untuk wanita sahaja tetapi lelaki jug a Kenapa Vitamin Untuk Kulit Itu Penting? Penjagaan Kulit merupakan satu keutamaan dan perlu diberikan perhatian setiap individu. Lebih - lebih lagi kerana ia merupakan organ yang terbesar tubuh badan kita. Ramai orang tertanya -tanya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan kecantikan dan kesihatan kulit ? Adakah dnegan cara menggunakan produk kecantikan Korea atau mengambilkan rutin harian kecantikan ? Perkara pertama yang akan diberi tahu oleh pakar kesihatan dan kecantikan kulit untuk mendapatkan kesihatan kulit yang baik dan  cantik adalah dengan mengurangkan pendedahan kulit terhadap cahaya UV daripada matahari dan memakai krim