Skip to main content

HARI RAYA OPEN HOUSE 2023 - SANTAI BERHARI RAYA






Assalamualaikum WBT

Masih dalam mood raya ke tu?. Rayakan sebulan,mujur tahun ni tiada raya "mengejut" macam  raya tahun lepas, Santai je raya tahun ni, persiapan raya sederhana je,yang beli baru cuma baju raya dan kuih raya je.Tahun lepas tidak beli baju baru pakai baju lama, tahun ni raya anak-anak minta beli baju melayu dengan sampin sekali. Warna tema mereka tentukan , warna 'Milo', jenuhlah si umi nak cari baju umi nak sedondon dengan mereka. Dapatlah seakan-akan warnanya jadilah asalkan agak-agak sedondon.Bolehlah kan!.


Hari raya Open House, hari raya sudah tentu rumah terbuka untuk sesiapa datang kunjung mengunjungi, mengeratkan silaraturahim dan bermaaf-maafan. Macam tahun-tahun sebelumnya saya dan keluarga akan balik kampung sehari atau dua hari sebelum raya. Buat giliran dengan suami raya pertama kampung siapa dahulu balik beraya . Macam  tahun lepas giliran raya pertama di kampung saya  maka tahun ni raya pertama di kampung suami.



Hari raya pertama di kampung suami Jelebu Negeri Sembilan,sudah menjadi tradisi keluarga suami selepas sembahyang hari raya dan bersalam-salaman, bermaaf-maafan akan konvoi beramai-ramai beraya rumah sanak - saudara. Tradisi kunjung-mengujungi ini diteruskan juga walaupun ayah dan ibu mertua sudah tiada lagi. Beraya dengan adik-beradik suami yang seramai 10 orang dengan anak-anak dan cucu-cucu lagi .Bayangkan bertapa ramainya ,hampir 10 kereta pergi beraya rumah sanak saudara,rumah mak teh,pak teh,mak lang,pak lang, mak ngah ,pak ngah,pak ucu,mak ucu kedua belah keluara arwah ayah dan mak mertua. Dari pagi hingga ke malam beraya, balik dengan kepenatan dan perut kekenyangan tetapi seronok sangat. 




Macam-macam juadah dihidangkan tetapi yang lucunya hampir semua rumah yang kami pergi menu sama nasi impit dengan kuah lontong. Masih terbayang-bayang kesedapan Rendang arwah mak mertua. Rendang cili api pedas-pedas tapi sedap menjadi kesukaan sekeluarga. Biasa arwah maka mertua buat rendang itik atau ayam kampung. Resepinya mudah sahaja, main campak-campak je tapi hasilnya sedap sangat.


Anak-anak yang paling seronok kalau beraya di kampung boleh jumpa sepupu-pupu yang ramai-ramai itu. Yang paling seronok kalau pergi rumah  Mak Induk dan Mak Lang belakang rumah ada sungai.teruja masing-masing paling  teruja tengok  itik-itik angsa yang banyak, sibuk mengejar. Bertempiraan lari,riuh rendah suara dengan jeritan.


Hari raya tahun ni  suami dapat cuti masa raya pertama sahaja,hari raya ke dua dah mula bekerja. Hari raya kedua saya balik ke kampung saya dengan anak-anak sahaja. Beraya di kampung saya seronok juga walau agak sedih, tahun ke enam berhari raya tanpa mak di sisi.



Kampung saya di Pahang, merupakan perkampungan Felda. Meriah beraya di Felda ni suasana kejiranan bagaikan sebuah keluarga. Kunjung-mengunjungi rumah ke rumah,bertukar-tukar juadah hari raya, penuh satu meja. Penduduk Felda ini dari  berbagai negeri ada kedah,Perlis,Melaka,Perak,Kelantan dan daerah-daeah Pahang.





Hari raya Open House,seronok beraya ramai-ramai adik-beradik pergi beraya rumah jiran-jiran  sekeliling rumah. Paling suka pergi beraya jiran belakang rumah, saya panggil Mak Jawa, setiap kali raya mesti beliau  buat pecal dan  kuah lodeh. Mak Jawa ni kawan baik arwah mak. Kalau penat beraya balik rumah selepas berehat sambung beraya lagi petang sampai ke malam.


Masih berada dalam bulan Syawal lagi sudah tentu ada 'Hari Raya Open House' sana sini. Jenuh juga untuk memenuhi undangan kalau lebih dari satu rumah. Sudah tentu pelbagai juadah disediakan.Makan ,makan juga tetapi kesihatan jangan dilupa. Saya biasa kalau pergi beraya, tengok menu makanan kalau sama dengan rumah yang saya dah pergi saya tidak mengambilnya saya akan makan makanan yang selain dari itu. Dengan portion yang sedikit. Minuman manis saya tidak minum langsung,saya minum air kosong sahaja. Dengan keadaan cuaca panas sekarang ini seeloknya kena banyak minum air kosong.



Kalau sudah makan macam-macam mesti kita rasa perut tidak selesa,rasa sebu dan paling risau berat badan naik . Bulan Ramadan, berpuasa berat badan turun bila bulan Syawal berat naik mendadak. Ada dah timbang berat ke tu!. Saya Alhamdulillah berat masih maintain walau banyak rumah Hari Raya Open House saya pergi. 


Pengambilan secara konsisten Suplemen Shaklee banyak membantu saya , Lecithin membantu untuk memecahkan lemak dalam proses penghadaman, Alfalfa Complex membantu proses percernaan, Omega Guard membantu membakar lemak dengan pantas selepas makan rendang dan makanan berminyak dan Herb-Lax membantu melancarkan pembuangan setelah makan pelbagai juadah raya dan juga  membantu melegakan sembelit ringan. Semua itu ada dalam set Kurus Raya Shaklee.



Syawal sudah nak sampai ke penghujung, masih ramai lagi yang buat Hari Raya Open House. memenuhi jemputan rumah terbuka  disamping bertemu sanak saudara,rakan taulan mengeratkan silaturahim, jangan dilupa kesihatan perlu dijaga,makanlah berpada- pada. semoga kita terus kekal sihat untuk menjalani rutin kehidupan seharian.







Kita berjumpa  dilain penulisan pula dengan entri yang lain pula, selamat ber 'Open House'. Ada yang nak dapatkan Set Kurus Shaklee boleh hubungi saya.



Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak
012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#NextlevelBlogging

#Shakleethrive2023

#Shakleetriumph2023











Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum..salam sejahtera Mempunyai kulit wajah yang tidak ada masalah kulit terutama jeragat menjadi idaman semua orang terutama wanita.  Oleh itu entri saya kali ini akan menerangkan apa itu jeragat dan petua-petua untuk mengatasi masalah jeragat ini. APA ITU JERAGAT? Hiperpigmentasi atau jeragat berlaku apabila kawasan kulit tertentu menjadi lebih gelap atau tebal. Perubahan warna ini menjadikan kulit kelihatan kusam dan tone kulit tidak sekata. Pigmentasi merupakan perwarnaan kulit ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh sel-sel kulit. Istilah ini boleh metangkumi pelbagai jenis gangguan pigmentasi kulit yang boleh menjejaskan kawasan kulit yang kecil atau besar. Walaupun jeragat tidak berbahaya  tetapi ia mungkin menjejaskan penampilan seseorang. Sebelum kita mengetahui apa Petua Hilangkan Jeragat terlebih dahulu perlu kita ketahui apa yang menyebabkan terjadinya jeragat. BERIKUT ADALAH PUNCA-PUNCA TERJADINYA JERAGAT SINARAN ULTRALEMBAYUNG (UV) -  Sinar UV sela

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa b

SERONOKNYA PERCUTIAN SHAKLEE

  Assalamualaikum Semua!   Kalau anda dapat peluang pergi bercuti,sudah tentu seronokkan?.Apa lagi kalau percutian itu ditaja. Dengan kata lain percutian percuma, ditaja sepenuhnya,bestkan!. Rasanya ramai yang suka kalau dapat peluang bercuti ditaja ini ,jaranglah sangat kalau ada yang tidak suka benda yang percumakan? Seperti sudah diketahui, pihak Shaklee ada memberi insentif atau ganjaran kepada pengedar Shaklee yang layak. Ganjaran itu dikenali sebagai 3C iaitu Cash,Car dan Covention. Hari ni saya nak bercerita tentang ganjaran yang ketiga tu iaitu convention. Melalui ganjaran ini, pengedar Shaklee berpeluang menikmati  percutian bertaraf 5 bintang dalam dan luar negara yang kesemuanya ditaja 100% oleh Shaklee. Seronokkan, kita hanya datang bawa badan sahaja,sebb semua sudah disediakan. Biasanya Shaklee akan bagi pilihan trip, samada trip international, regional atau umrah. Antara syarat-syarat nak layakkan diri untuk trip Shaklee ni ialah first sekali anda kenalah  mendaftar menja