Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

IDEA MENU SAHUR SIHAT

  Untuk memastikan kita bertenaga sepanjang hari, makanan sahur yang berkhasiat dan mengenyangkan amat penting untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadhan. Jom semak makanan sahur yang mengenyangkan & memberi tenaga sepanjang hari! 1. Oat Oat merupakan antara hidangan sihat yang popular. Terdapat banyak khasiat dalam oat antaranya karbohidrat kompleks dan serat yang membekalkan tenaga serta membuatkan kita kenyang dengan lebih lama. Kalau oat terasa ‘plain’, boleh tambahkan buah-buahan atau kekacang supaya lebih sedap di samping memberi khasiat lebih.  2. Sayur-sayuran Puasa juga memberi peluang kepada kita untuk mengawal pemakanan. Apa kata sediakan sup sayur ketika sahur. Mungkin ada yang takut lapar disebabkan bersahur hanya makan sayur. Jangan risau kerana nutrisi daripada sayur dapat mengurangkan keinginan kita untuk makan. Beberapa jenis sayur seperti kubis bunga, brokoli dan lobak merah sangat sesuai untuk dimakan ketika sahur kerana   rendah kalori   dan tinggi kandungan air.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING

  Apakah itu Intermittent Fasting? INTERMITTENT FASTING i alah sistem berpuasa terputus,dilakukan untuk beberapa tujuan. Ramai yang menganggap Intermittent Fasting ini adalah 'diet' sebenarnya ianya adalah cara hidup sihat dalam penjagaan kesihatan.Walau dikatakan boleh makan apa sahaja dalam waktu makan tetapi penjagaan dalam pengambilan makanan harus berhati-hati juga. Masyarakat kita lebih memikirkan yang Intermittent Fasting adalah untuk bagi orang yang hendak cepat kurus semata-mata. Dalam bahasa mudah Interminttent Fasting ini dikenali sebagai IF. Dalam Intermittent Fasting ada beberapa sistem yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan seseorang itu. Sistem yang paling popular dilakukana adalah 16:8 .Konsep berpuasa 16 jam ini termasuk waktu tidur dan waktu makan 8 jam. Sebagai orang Islam ini sebenarnya tidak ada jauh bezanya dengan berpuasa pada bulan Ramadhan dan puasa sunat. Tetapi dalam konteks Intermittent Fasting ia sebenarnya terbahagi kepada beberapa j