Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa b

VITAMIN UNTUK WANITA 40AN KE ATAS

Assalamualaikum...Salam Sejahtera    Tahun ini saya sudah berusia 55 tahun,sudah tentu saya sangat menjaga pemakanan seharian dan mengawal berat badan  untuk menjaga kesihatan. Dalam meniti usia yang begini penjagaan kesihatan saya utamakan, oleh itu saya amalkan diet yang sihat. Amalkan pengambilan makanan suku-suku separuh,banyakkan pengambilan air kosong.  Malah saya juga melakukan Intermittent Fasting (IF) dan sudah hampir 5 tahun saya lakukan IF untuk gaya hidup sihat. Disamping itu juga saya mengambil suplemen untuk menambah nutrisi dalam badan dan memilih suplemen yang selamat dan semulajadi. Sudah tentu saya memilih produk Shaklee yang terbukti selamat dan berkesan. Tidak lupa juga saya melakukan senaman, terutamanya berjalan kaki (Brisk Walk). Banyak manfaatnya bila melakukan "Brisk Walk"ini,bagus untuk jantung dan melancarkan perjalanan darah. Secara tidak langsung boleh mengawal gula dalam darah dan menurunkan berat badan. Penjagaan Kesihatan Untuk Wanita 40an Ke A

5 KEBAIKAN CoQTROL PLUS SHAKLEE

  Assalamualaikum...Salam Sejahtera Entri saya kali ini adalah mengenai CoQtrol Plus Shaklee,formulasi baru yang lebih baik mengandungi campuran Proprietari 100mg Coenzyme Q10, Resveratrol dan Tokoferol memberi hasil dan keberkesanan CoQ10 terbaik. Kenali Apakah Coenzyme Q10/CoQ10 Coenzyme Q10 atau lebih dikenali sebagai C0Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga disetiap sel dalam badan kita.  CoQ10 merupakan sejenis nutrient yang larut lemak dan terdapat dalam semua sel badan kita. Paling banyak didapati di otak,jantung dan hati. Ia  berada dalam mitokondria iaitu kilang tenaga sel. Ianya bertindak seperti palam pencucuh atau spark plug untuk memulakan proses penghasilan tenaga  yang boleh digunakan sepanjang hari. Ianya menukarkan makanan dalam bentuk Adenosin Trifosfat (ATP). CoQ10 juga adalah antioksidan yang kuat melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin u