Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2023

SET MENGANDUNG SHAKLEE - VITAMIN UNTUK WANITA MENGANDUNG

  Assalamualaikum WBT Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan. Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan. Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG - APA YANG PERLU DIMAKAN OLEH IBU HAMIL

  Assalamualaikum WBT Mengandung adalah pengalaman yang indah dan menarik lebih-lebih lagi pengalaman mengandung untuk pertama kalinya. Alhamdulillah saya juga diberi pengalaman itu mengandung dan menjadi seorang ibu adalah satu keseronokan dan kegembiraan yang tidak tergambar.  Dari saat mendapat keputusan kehamilan yang positif, menghadiri temujanji ultra sound pertama,mendengar degupan jantung bayi  anda buat kali pertama dan melihat perut semakin membesar hari ke hari, pengalaman ini benar-benar mengubah hidup. Awal kehamilan, ramai ibu yang alami alahan. Saya sendiri alami pening loya dan muntah. Ada juga ibu-ibu yang mengalami alahan yang teruk dan perlu dibawa ke hospital. Itulah cabaran dan dugaan yang perlu ibu-ibu hamil hadapi. Alahan-alahan yang biasa ibu mengandung alami adalah:- - Loya