Masih dalam mood raya ke tu?. Rayakan sebulan,mujur tahun ni tiada raya "mengejut" macam raya tahun lepas, Santai je raya tahun ni, persiapan raya sederhana je,yang beli baru cuma baju raya dan kuih raya je.Tahun lepas tidak beli baju baru pakai baju lama, tahun ni raya anak-anak minta beli baju melayu dengan sampin sekali. Warna tema mereka tentukan , warna 'Milo', jenuhlah si umi nak cari baju umi nak sedondon dengan mereka. Dapatlah seakan-akan warnanya jadilah asalkan agak-agak sedondon.Bolehlah kan!.
Hari raya pertama di kampung suami Jelebu Negeri Sembilan,sudah menjadi tradisi keluarga suami selepas sembahyang hari raya dan bersalam-salaman, bermaaf-maafan akan konvoi beramai-ramai beraya rumah sanak - saudara. Tradisi kunjung-mengujungi ini diteruskan juga walaupun ayah dan ibu mertua sudah tiada lagi. Beraya dengan adik-beradik suami yang seramai 10 orang dengan anak-anak dan cucu-cucu lagi .Bayangkan bertapa ramainya ,hampir 10 kereta pergi beraya rumah sanak saudara,rumah mak teh,pak teh,mak lang,pak lang, mak ngah ,pak ngah,pak ucu,mak ucu kedua belah keluara arwah ayah dan mak mertua. Dari pagi hingga ke malam beraya, balik dengan kepenatan dan perut kekenyangan tetapi seronok sangat.
Macam-macam juadah dihidangkan tetapi yang lucunya hampir semua rumah yang kami pergi menu sama nasi impit dengan kuah lontong. Masih terbayang-bayang kesedapan Rendang arwah mak mertua. Rendang cili api pedas-pedas tapi sedap menjadi kesukaan sekeluarga. Biasa arwah maka mertua buat rendang itik atau ayam kampung. Resepinya mudah sahaja, main campak-campak je tapi hasilnya sedap sangat.
Anak-anak yang paling seronok kalau beraya di kampung boleh jumpa sepupu-pupu yang ramai-ramai itu. Yang paling seronok kalau pergi rumah Mak Induk dan Mak Lang belakang rumah ada sungai.teruja masing-masing paling teruja tengok itik-itik angsa yang banyak, sibuk mengejar. Bertempiraan lari,riuh rendah suara dengan jeritan.
Hari raya tahun ni suami dapat cuti masa raya pertama sahaja,hari raya ke dua dah mula bekerja. Hari raya kedua saya balik ke kampung saya dengan anak-anak sahaja. Beraya di kampung saya seronok juga walau agak sedih, tahun ke enam berhari raya tanpa mak di sisi.
Kampung saya di Pahang, merupakan perkampungan Felda. Meriah beraya di Felda ni suasana kejiranan bagaikan sebuah keluarga. Kunjung-mengunjungi rumah ke rumah,bertukar-tukar juadah hari raya, penuh satu meja. Penduduk Felda ini dari berbagai negeri ada kedah,Perlis,Melaka,Perak,Kelantan dan daerah-daeah Pahang.
Hari raya Open House,seronok beraya ramai-ramai adik-beradik pergi beraya rumah jiran-jiran sekeliling rumah. Paling suka pergi beraya jiran belakang rumah, saya panggil Mak Jawa, setiap kali raya mesti beliau buat pecal dan kuah lodeh. Mak Jawa ni kawan baik arwah mak. Kalau penat beraya balik rumah selepas berehat sambung beraya lagi petang sampai ke malam.
Masih berada dalam bulan Syawal lagi sudah tentu ada 'Hari Raya Open House' sana sini. Jenuh juga untuk memenuhi undangan kalau lebih dari satu rumah. Sudah tentu pelbagai juadah disediakan.Makan ,makan juga tetapi kesihatan jangan dilupa. Saya biasa kalau pergi beraya, tengok menu makanan kalau sama dengan rumah yang saya dah pergi saya tidak mengambilnya saya akan makan makanan yang selain dari itu. Dengan portion yang sedikit. Minuman manis saya tidak minum langsung,saya minum air kosong sahaja. Dengan keadaan cuaca panas sekarang ini seeloknya kena banyak minum air kosong.
Kalau sudah makan macam-macam mesti kita rasa perut tidak selesa,rasa sebu dan paling risau berat badan naik . Bulan Ramadan, berpuasa berat badan turun bila bulan Syawal berat naik mendadak. Ada dah timbang berat ke tu!. Saya Alhamdulillah berat masih maintain walau banyak rumah Hari Raya Open House saya pergi.
Pengambilan secara konsisten Suplemen Shaklee banyak membantu saya , Lecithin membantu untuk memecahkan lemak dalam proses penghadaman, Alfalfa Complex membantu proses percernaan, Omega Guard membantu membakar lemak dengan pantas selepas makan rendang dan makanan berminyak dan Herb-Lax membantu melancarkan pembuangan setelah makan pelbagai juadah raya dan juga membantu melegakan sembelit ringan. Semua itu ada dalam set Kurus Raya Shaklee.
Syawal sudah nak sampai ke penghujung, masih ramai lagi yang buat Hari Raya Open House. memenuhi jemputan rumah terbuka disamping bertemu sanak saudara,rakan taulan mengeratkan silaturahim, jangan dilupa kesihatan perlu dijaga,makanlah berpada- pada. semoga kita terus kekal sihat untuk menjalani rutin kehidupan seharian.
Kita berjumpa dilain penulisan pula dengan entri yang lain pula, selamat ber 'Open House'. Ada yang nak dapatkan Set Kurus Shaklee boleh hubungi saya.
Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak
012 971 5359 | wasap saya | Facebook
#NextlevelBlogging
#Shakleethrive2023
#Shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment