Skip to main content

HARI RAYA DENGAN SHAKLEE




 Apalah makna Hari Raya tanpa makanan kegemaran kita seperti ketupat,rendang,lemang,kuah kacang dan pelbagai jenis kuih. Itulah makanan-makanan yang wajib ada bila Hari Raya, barulah terasa vibes berhari raya. Kalau sudah makan pelbagai juadah hari raya sudah tentu selepas itu kita akan berasa  tidak selesa terutama perut sebab terlalu kenyang. 

Namun jangan bimbang kerana produk Shaklee boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan anda ketika anda menyahtoksin supaya anda boleh menikmati makanan kegemaran pada bila-bila masa,di mana sahaja!.

Produk-produk Shaklee ini juga dikenali sebagai 'Detox' membantu kita dalam mengatasi masalah - masalah ketidakselesaan dan membantu anda juga dalam penjagaan kesihatan. Terutama kepada mereka yang ingin kekal kurus dan sihat  walaupun di Hari Raya.





DTX Complex Shaklee - Apabila kita makan berlebihan, DTX Complex Shaklee membantu tubuh kita menyingkirkan toksin untuk mengembalikan dan mengekalkan kesihatan hati kita menggunakan formulasi herba yang bermanfaaat seperti Estrak  biji Thistle, cendawan, Reishi.Schizandra,Chiensis, Dandelion,kunyit dan articok. 



Herb-Lax Shaklee - Kita akan berasa tersekat apabila kita seringkali mengabaikan pengambilan serat dan air secukupnya terutama ketika musim perayaan ini. Jangan risau kerana Herb- Lax Shaklee adalah campuran Proprietari yang termasuk daun Senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Ia juga membantu melegakan sembelit ringan yang disebabkan kurang pengambilan serat dan kurang pengambilan air.



Alfalfa Complex Shaklee - Digelar sebagai 'Bapa Segala makanan', Alfalfa adalah gudang yang menyimpan kira-kira 300 jenis nutrien dan mineral. Ia kaya dengan kandungan serat penghadaman dan enzim yang menjalankan fungsi badan. Beberapa kajian klinikal mendapati bahawa Alfalfa mengalakkan pergerakan usus yang sihat dan sistem penghadaman yang sihat.





CoQ-Trol Plus Shaklee - Apabila kita berasa lesu selepas makan kenyang,  CoQ-Trol Plus Shaklee membantu meningkatkan tenaga kita dengan mengoptimumkan fungsi sel dan menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunkan sepanjang hari. CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan Proprietari dengna 100mg Coenzyme Q, bersama Resveratrol dan Tokoferol. Ia juga dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan optimum.



Lecithin Shaklee - Terlalu banyak makan makanan berminyak, Lesitin soya memecahkan lemak kepada molekul halus untuk penghadaman maka mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan. Ia membantu dengan memecahkan lemak badan menggunakannya sebagai bahan tenaga dan bukannya menyimpan lemak berkenaan dalam tisu.



Omega Guard Shaklee - Membantu membakar lemak dengan pantas selepas makan rendang dan makanan berminyak. Dihasilkan dari minyak ikan yang berkualiti tinggi.




Saya kongsikan tip kawal pemakanan  ketika hari raya supaya kita dapat mengawal pemakanan dan seterusnya mengekalkan berat badan.

1. Elakkan minuman manis - Di hari raya kebanyakan rumah menghidangkan minuman manis termasuk air gas. Air minuman seperti ini bahaya kerana mengandungi gula yang sangat tinggi. Air gas juga akan membuat kita hanya kenyang sementara ataupun 'kenyang gas'. Air gas juga mengandungi pewarna yang banyak dan sudah pasti tidak baik untuk kesihatan. Banyakkan minum air kosong ataupun air masak.


2. Jaga portion makan - Selain itu juga, cara untuk mengawal pemakanan ketika hari raya adalah dengan mengawal kuantiti makanan. Biasanya ada banyak menu makanan yang dihidangkan dan biasanya kita akan makan semua menu makanan ni dengan kuantiti yang banyak. Kita sebenarnya boleh makan semua makanan ini tetapi dengan kuantiti yang sedikit bagi setiap makanan. Kita makan sedikit demi sedikit dan cukup sekadar merasa semua menu makan ni. Nikmatilah setiap makanan ini secara perlahan dan jangan makan terlalu cepat.

Percayalah, makan terlalu cepat juga boleh menyebabkan lambat kenyang dan makan secara berlebihan.

3. Kurangkan makan kuih/biskut raya - Yang ini memang saya akui susah untuk dielak ataupun dikurangkan. Mahunya tidak kuih-muih raya ni dahlah sedap, tambahan pula kebanyakkan kuih-muih ni hanya ada pada hari raya sahaja. Kuih muih ataupun biskut raya ni juga sudah jadi macam appetizer sebelum kita makan makanan utama hari raya.

Kuih dan biskut raya ni tinggi kandungan gula dan tidak mengenyangkan. Memang susah nak elakkan, tapi sekurang-kurangnya kita kena kurangkan. Kuih raya ni kalau makan sebalang pun tak kenyang. Jadi lebih baik terus makan makanan utama hari raya dari terlebih makan kuih raya. Cukuplah sekadar makan untuk merasa sahaja.

4. Elakkan makan bahagian daging berlemak Hari raya macam-macam menu makanan berasaskan daging ataupun ayam akan dihidangkan seperti rendang dan sebagainya. Kita makan je sebab ianya sangat sedap dan nikmat lebih-lebih lagi pada hari raya. Tetapi makanlah bahagian daging yang memang daging dan kurangkan makan bahagian berlemak. Barulah puas hati dan lebih sedap.

Nak kata cara ni adalah cara sihat tak juga, tapi sekurang-kurangnya mengurangkan intake lemak berlebihan.

5. Guna pinggan kecil - Ketika makan makanan raya nanti, cuba gunakan pinggan yang kecil. Secara psychologynya kita akan rasa pinggan kita cepat penuh dengan makanan dan akhirnya kita akan ambil makanan kurang dan yang kita perlukan. Tip ni boleh diamalkan bukan saja ketika hari raya, tapi boleh juga dilakukan ketika makan bufet di hotel ataupun jamuan makan.


6. Puasa enam - Pada bulan Syawal juga kita boleh berazam untuk berpuasa enam. Bukan sahaja dapat pahala, tetapi dapat mengawal nafsu makan dengan berpuasa. Lagipun puasakan mengajar kita untuk banyak bersabar. Jadi bersabarlah dengan pelbagai dugaan yang datang tu. Puasa enam boleh dilakukan bermula dari 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan ataupun  berselang-seli sepanjang bulan Syawal.


7. Minum teh hijau - Minum teh hijau sedikit dapat membantu kesihatan, sekali gus menghalang makan berlebihan. Teh juga kaya dengan antioksidan dan faedah mempercepatkan metabolisma.

Cinch Tea Mix Shaklee mengandungi 4 jenis teh yang tinggi khasiatnya. Ia membantu proses detoxs, membakar lemak berlebihan dalam badan. Membantu meningkatkan metabolisma badan. Mengandungi antioksida yang tinggi

 

Hari Raya adalah hari untuk bergembira bersama keluarga serta sahabat, semoga tips yang diberikan mampu mengawal pemakanan kita di musim perayaan supaya kesihatan kita kekal terjaga.




Ada yang berminat dan nak tahu tentang produk Shaklee khususnya untuk 'detox' atau Set Kurus Raya boleh hubungi saya




Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak
012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#NextlevelBlogging

#Shakleethrive2023

#Shakleetriumph2023





Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum..salam sejahtera Mempunyai kulit wajah yang tidak ada masalah kulit terutama jeragat menjadi idaman semua orang terutama wanita.  Oleh itu entri saya kali ini akan menerangkan apa itu jeragat dan petua-petua untuk mengatasi masalah jeragat ini. APA ITU JERAGAT? Hiperpigmentasi atau jeragat berlaku apabila kawasan kulit tertentu menjadi lebih gelap atau tebal. Perubahan warna ini menjadikan kulit kelihatan kusam dan tone kulit tidak sekata. Pigmentasi merupakan perwarnaan kulit ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh sel-sel kulit. Istilah ini boleh metangkumi pelbagai jenis gangguan pigmentasi kulit yang boleh menjejaskan kawasan kulit yang kecil atau besar. Walaupun jeragat tidak berbahaya  tetapi ia mungkin menjejaskan penampilan seseorang. Sebelum kita mengetahui apa Petua Hilangkan Jeragat terlebih dahulu perlu kita ketahui apa yang menyebabkan terjadinya jeragat. BERIKUT ADALAH PUNCA-PUNCA TERJADINYA JERAGAT SINARAN ULTRALEMBAYUNG (UV) -  Sinar UV sela

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa b

VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

Assalamualaikum WBT Semua orang hendak kulit cantik,berseri-seri, bukan sekadar cantik di muka sahaja tetapi keseluruhan badan. Oleh itu pengambilan produk kecantikan dan vitamin kulit cantik diperlukan untuk mendapatkan kulit yang diidam-idamkan. Tanpa kesan parut,jerawat,jeragat dan sebagainya. Kulit cantik bukan untuk wanita sahaja tetapi lelaki jug a Kenapa Vitamin Untuk Kulit Itu Penting? Penjagaan Kulit merupakan satu keutamaan dan perlu diberikan perhatian setiap individu. Lebih - lebih lagi kerana ia merupakan organ yang terbesar tubuh badan kita. Ramai orang tertanya -tanya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan kecantikan dan kesihatan kulit ? Adakah dnegan cara menggunakan produk kecantikan Korea atau mengambilkan rutin harian kecantikan ? Perkara pertama yang akan diberi tahu oleh pakar kesihatan dan kecantikan kulit untuk mendapatkan kesihatan kulit yang baik dan  cantik adalah dengan mengurangkan pendedahan kulit terhadap cahaya UV daripada matahari dan memakai krim