Memiliki tubuh badan yang kurus dan ideal adalah idaman semua orang.Oleh itu berbagai cara digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Mencari info-info dan tips kurus dengan cepat di Internet, malah ada yang cuba mengambil pil-pil kurus dan ada juga membuat pembedahan buang lemak. Cara-cara tersebut bukan sahaja ada kesan sampingan malah bahaya kepada kita.
Kalau nak kurus biarlah dengan cara yang sihat dan tidak memudaratkan diri sendiri. Kita hendak kurus yang sihat bukannya kurus disebabkan penyakit. Kita perlu ada ilmu dan banyakkan membaca mencari cara-cara mengurangkan berat badan dengan cara yang betul.
Justeru itu saya kongsikan beberapa tips kurus dengan cepat dan selamat untuk dijadikan panduan.
1. ELAKKAN PENGAMBILAN GULA
Tips kurus yang pertama ialah hentikan pengambilan gula dalam makanan ataupun minuman. Hal ini kerana ia tidak mengenyangkan dan hanya membuat kita makan dalam kuantiti yang banyak. Bukan itu sahaja,makanan dan minuman yang mengandungi gula menyebabkan peningkatan gula dalam darah (hyperglycemia). Terlalu banyak gula dalam darah akan menyebabkan sel-sel menyimpan gula tersebut sebagai lemak. Sekaligus menyebabkan berat badan meningkat.
Selain itu makanan bergula mempunyai kalori yang tinggi malah tidak mempunyai apa-apa nutrisi lain seperti vitamin atau serat untuk kesihatan.
2. AMBIL TAHU TENTANG KALORI YANG DIPERLUKAN
Kalori ialah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga yang sangat penting bagi melakukan rutin harian. Untuk kurus atau menurunkan berat badan, kalori yang masuk mesti lebih rendah daripada kalori yang keluar.
Secara umumnya lelaki dan perempuan memerlukan kalori sebanyak:-
*LELAKI : 2000 -2500 KCAL SEHARI
*PEREMPUAN : 1600 - 2000 KCAL SEHARI.
Kira dan catat kalori makanan setiap kali anda makan. Anda boleh menggunakan applikasi "Calorie Counter" yang terdapat di Google Play atau App Store untuk memudahkan anda mengira jumlah kalori dan nutrien yang diambil.
Kita kena faham kalori bukan datang daripada karbohidrat semata-mata tetapi juga datang dari protein dan lemak.
3. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Kajian mendapati minum air dapat meningkatkan metabolisma badan, sebanyak 24% - 30% ,dalam jangka masa 1 ke 1.5 jam. apabila metabolisma meningkat,ia dapat membantu tubuh membakar lebih banyak kalori.
Terdapat satu lagi kajian menunjukkan bahawa dengan meminum air setengah liter kira-kira dua setengah jam sebelum makan boleh membantu mengurangkan selera makan seterusnya menurunkan berat badan sebanyak 44% berbanding mereka yang tiada minum air.
4. TIDUR YANG CUKUP
Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan peningkatan hormon "ghrelin". Hormon ini menyebabkan anda berasa lapar. Peningkatan hormon ini juga mengurangkan paras "leptin", iaitu hormon yang menyebabkan anda kenyang.
5. JANGAN TAHAN LAPAR
Kebanyakan orang yang ingin kurus akan melakukan diet yang melampau sehngga sanggup menahan lapar. Cara ini sebenarnya tidak efektif kerana ia membuatkan anda cenderung makan banyak.
Jika ingin menurunkan berat badan jangan berlapar. Cara diet yang betul adalah memilih makanan yang rendah karbohidrat dan tinggi protein.
Makan snek yang rendah kalori diantara setiap waktu makan seperti kekacang atau buah-buahan dapat membuatkan anda berasa kenyang.
6. BERSENAM
Selain menjaga pemakanan,bersenam adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan disamping menjaga kesihatan.
Berjalan adalah antara senaman yang sesuai dilakukan bagi sesiapa yang ingin mula bersenam. Ia tidak memberlukan peralatan seperti di gym dan tidak membebankan pada anggota badan anda. Untuk permulaan anda boleh cuba berjalan selama 30 minit 3-4 kali seminggu.
Jogging dan berlari juga antara senaman yang bagus dipraktikkan untuk membakar kalori. anda disarankan untuk jogging atau berlari selama 20-30 minit 3-4 kali seminggu,jika anda mampu.
Berenang adalah senaman yang menggunakan seluruh otot badan,selain menghilangkan lemak, berenang juga boleh meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan risiko jantung.
7. BERPUASA
Amalan berpuasa dipraktikkan dalam diet Intermittent Fasting. Selain mengurangkan pengambilan makan dan minuman dalam sehari berpuasa juga didapati boleh mempengaruhi hormon anda.
Hormon Insulin anda adalah pada paras yang rendah ketika berpuasa. Ini membantu membakar kalori. Selain itu, tubuh juga menghantar hormon "Norepinephrine" kepada tisu-tisu lemak untuk ditukar kepada tenaga.
8. SUPLEMEN
Jika digabungkan dengan penjagaan makanan,bersenaman dan pengambilan suplemen membantu mempercepatkan usaha anda untuk turunkan berat badan.
Suplemen atau vitamin bukanlah ubat kurus untuk kurus dengan cepat,ianya membantu mempercepatkan proses nak kurus dan menambah dan memperbaiki nutrisi dalam badan.
PENGALAMAN SAYA SENDIRI
Saya pernah mengalami masalah berat badan sehingga mengganggu rutin harian,selalu sakit kaki dan sakit kepala. Saya nekad nak turunkan berat badan demi kesihatan. Antara tips yang tersebut di atas saya amalkan. Terutama dalam pengambilan gula, saya tidak lagi minum miuman manis dan kekal minum air kosong ikut keperluan badan.
Saya juga mengambil suplemen untuk membantu mencepatkan proses turun berat badan. Suplemen saya ambil adalah supplemen Shaklee
*Lecithin Shaklee
*Herb- Lax Shaklee
*Omega Shaklee
*Cinch Shaklee
*Alfafa Shaklee
Semua itu ada dalam set HELLO NEW YOU
kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh klik ni
*** KURUS DENGAN CEPAT***
Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak
012 971 5359 | wasap saya | Facebook
#NextlevelBlogging
#Shakleethrive2023
#Shakleetriumph2023
Nice sharing❤
ReplyDelete