Skip to main content

VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

Assalamualaikum WBT




Semua orang hendak kulit cantik,berseri-seri, bukan sekadar cantik di muka sahaja tetapi keseluruhan badan. Oleh itu pengambilan produk kecantikan dan vitamin kulit cantik diperlukan untuk mendapatkan kulit yang diidam-idamkan. Tanpa kesan parut,jerawat,jeragat dan sebagainya. Kulit cantik bukan untuk wanita sahaja tetapi lelaki juga


Kenapa Vitamin Untuk Kulit Itu Penting?

Penjagaan Kulit merupakan satu keutamaan dan perlu diberikan perhatian setiap individu. Lebih - lebih lagi kerana ia merupakan organ yang terbesar tubuh badan kita. Ramai orang tertanya -tanya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan kecantikan dan kesihatan kulit ? Adakah dnegan cara menggunakan produk kecantikan Korea atau mengambilkan rutin harian kecantikan ? Perkara pertama yang akan diberi tahu oleh pakar kesihatan dan kecantikan kulit untuk mendapatkan kesihatan kulit yang baik dan  cantik adalah dengan mengurangkan pendedahan kulit terhadap cahaya UV daripada matahari dan memakai krim  pelindung matahari

Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa cahaya matahari tidaklah begitu teruk dan bahaya seperti yang diwar-warkan. Pendedahan terhadap cahaya matahari selama 10 ke 15 minit sehari sebenarnya adalah bagus untuk membantu badan anda menghasilkan vitamin D pada permukaan kulit. Vitamin D, dan vitamin-vitamin yang lain seperti vitamin C, E dan K adalah penting dan bagus untuk kesihatan kulit.

Dengan pengambilan vitamin yang mencukupi, ianya membantu untuk menampakkan kecantikan dan kesihatan kulit. Ianya membantu dalam mengurangkan bintik-bintik hitam, kemerahan, kedutan, kulit kasar dan kulit kering. Vitamin-vitamin ini boleh didapati dalam bentuk suplemen mahupun daripada pemakanan yang berkhasiat seperti buah-buahan serta sayur-sayuran.

Berikut adalah  penerangan tentang kebaikan 4 jenis vitamin yang boleh membantu dalam mendapatkan kesihatan serta kecantikan kulit.


Vitamin D


Vitamin D selalunya terhasil daripada penyerapan cahaya matahari kepada kulit. Kolesterol akan ditukarkan kepada vitamin D apabila ianya berlaku. Ianya penting terutamanya kepada mereka yang menghidap masalah psoriasis. Vitamin akan diangkut ke dalam hati dan buah pinggang dimana ianya akan membantu dalam penghasilan kulit dan sel yang sihat

Calcitriol iaitu salah satu daripada sub-jenis vitamin D yang dihasilkan oleh badan mempunyai beberapa fungsi terhadap kesihatan kulit dan tubuh badan. Terdapat kajian tentang calcitriol dimana krim calcitriol apabila digunakan dan disapukan pada permukaan kulit mampu mengurangkan keradangan dan iritasi kulit terutamanya terhadap mereka yang menghidap masalah psoriasis

Jumlah harian vitamin D yang disyorkan untuk diambil adalah sebanyak 600 IU dan ibu yang mengandung perlu untuk mengambilnya dengan kadar yang lebih banyak. Vitamin D boleh didapati melalui pendedahan kulit terhadap cahaya matahari selama 10 minit dan makan makanan yang mempunyai kandungan vitamin D yang tinggi seperti bijirin, jus oren, yogurt, ikan salmon, tuna dan juga ikan kod.






1. Sustained Release Vita-C Plus ( Vitamin C (180 tablets) )


Vitamin C sinonim dengan vitamin untuk kecantikan kulit. Walaupun mempunyai 500mg vitamin C dalam satu tablet, ia mampu membekalkan nutrisi vitamin c sepanjang 5 jam di dalam badan untuk galakkan penghasilan kolagen pada kulit. Fungsi vitamin C untuk kulit cantik adalah :


👉Membantu merangsang penghasilan kolagen untuk cantikkan         kulit

👉 mencerahkan kulit dengan lebih sekata

👉 mengatasi masalah jerawat

👉 mengatasi masalah kulit akibat kerosakan dari sinaran uv

👉 kolagen daripada kerosakan oksidatif

👉 sebagai anti radang untuk jerawat yang teruk


2. Energizing Soy Protein (ESP (850 gram)



Fungsi ESP dalam set cantik shaklee membantu membekalkan protein yang sihat bagi memberi kesan yang luar biasa pada kulit. Fungsi ESP untuk kecantikan kulit adalah


👉Membantu mengekalkan air dalam sel kulit, memastikan penghidratan dan kelembapan kulit yang optimum.

👉Mencerahkan pigmentasi kulit untuk kulit yang sihat cantik berseri dengan protein soya.

👉Membantu menghilangkan parut jerawat dan mengembalikan struktur kulit dengan lebih cantik.

👉Membina asas kulit akibat daripada parut dalam dan menghaluskan kulit serta melembutkan kulit wajah.

👉Menggalakkan kulit licin dan berseri dan kulit kelihatan awet muda.

👉Menambah baik penampilan keseluruhan kulit dengan mencegah proses penguraian kolagen dan elastin.

ESP adalah minuman yang sangat mudah dibuat dan diminum. Ia boleh diambil pada bila-bila masa.




Set Rahmah Shaklee ini juga sesuai untuk:

  • *Lelaki
  • *Pekerja
  • *Yang ada sakit perut gastrik
  • *Ibu hamil
  • *Ibu menyusu anak
  • *Warga emas
  • *Yang nak jaga kesihatan
  • *Yang nak berpuasa cergas bertenaga
  • *Pelajar





Untuk tahu lebih lanjut tentang Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah ini boleh hubungi saya






Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh klik ni


Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak
012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#Shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023












Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum..salam sejahtera Mempunyai kulit wajah yang tidak ada masalah kulit terutama jeragat menjadi idaman semua orang terutama wanita.  Oleh itu entri saya kali ini akan menerangkan apa itu jeragat dan petua-petua untuk mengatasi masalah jeragat ini. APA ITU JERAGAT? Hiperpigmentasi atau jeragat berlaku apabila kawasan kulit tertentu menjadi lebih gelap atau tebal. Perubahan warna ini menjadikan kulit kelihatan kusam dan tone kulit tidak sekata. Pigmentasi merupakan perwarnaan kulit ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh sel-sel kulit. Istilah ini boleh metangkumi pelbagai jenis gangguan pigmentasi kulit yang boleh menjejaskan kawasan kulit yang kecil atau besar. Walaupun jeragat tidak berbahaya  tetapi ia mungkin menjejaskan penampilan seseorang. Sebelum kita mengetahui apa Petua Hilangkan Jeragat terlebih dahulu perlu kita ketahui apa yang menyebabkan terjadinya jeragat. BERIKUT ADALAH PUNCA-PUNCA TERJADINYA JERAGAT SINARAN ULTRALEMBAYUNG (UV) -  Sinar UV sela

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa b

SERONOKNYA PERCUTIAN SHAKLEE

  Assalamualaikum Semua!   Kalau anda dapat peluang pergi bercuti,sudah tentu seronokkan?.Apa lagi kalau percutian itu ditaja. Dengan kata lain percutian percuma, ditaja sepenuhnya,bestkan!. Rasanya ramai yang suka kalau dapat peluang bercuti ditaja ini ,jaranglah sangat kalau ada yang tidak suka benda yang percumakan? Seperti sudah diketahui, pihak Shaklee ada memberi insentif atau ganjaran kepada pengedar Shaklee yang layak. Ganjaran itu dikenali sebagai 3C iaitu Cash,Car dan Covention. Hari ni saya nak bercerita tentang ganjaran yang ketiga tu iaitu convention. Melalui ganjaran ini, pengedar Shaklee berpeluang menikmati  percutian bertaraf 5 bintang dalam dan luar negara yang kesemuanya ditaja 100% oleh Shaklee. Seronokkan, kita hanya datang bawa badan sahaja,sebb semua sudah disediakan. Biasanya Shaklee akan bagi pilihan trip, samada trip international, regional atau umrah. Antara syarat-syarat nak layakkan diri untuk trip Shaklee ni ialah first sekali anda kenalah  mendaftar menja