Assalamualaikum...Salam Sejahtera
Tahun ini saya sudah berusia 55 tahun,sudah tentu saya sangat menjaga pemakanan seharian dan mengawal berat badan untuk menjaga kesihatan. Dalam meniti usia yang begini penjagaan kesihatan saya utamakan, oleh itu saya amalkan diet yang sihat. Amalkan pengambilan makanan suku-suku separuh,banyakkan pengambilan air kosong.
Malah saya juga melakukan Intermittent Fasting (IF) dan sudah hampir 5 tahun saya lakukan IF untuk gaya hidup sihat. Disamping itu juga saya mengambil suplemen untuk menambah nutrisi dalam badan dan memilih suplemen yang selamat dan semulajadi. Sudah tentu saya memilih produk Shaklee yang terbukti selamat dan berkesan. Tidak lupa juga saya melakukan senaman, terutamanya berjalan kaki (Brisk Walk). Banyak manfaatnya bila melakukan "Brisk Walk"ini,bagus untuk jantung dan melancarkan perjalanan darah. Secara tidak langsung boleh mengawal gula dalam darah dan menurunkan berat badan.
Penjagaan Kesihatan Untuk Wanita 40an Ke Atas
Menjaga kesihatan tubuh dan mengawal berat badan tidak hana pada wanita muda sahaja. Wanita yang masuk 40an juga perlu menjaga pemakanan seharian dan mengambil berat terhadap kesihatan
Wanita lebih terdorong akan menambah berat badan apabila masuk usia 40an dan 50an. Ramai yang menyalahkan hormon. Tetapi, keadaan yang sebenarnya ialah mereka kurang melakukan aktiviti kecergasan.
Tidak dinafikan, perubahan hormon boleh mengubah komposisi tubuh. Pertambahan berat adalah cenderung berlaku pada bahagian perut.
Menurut Pakar Sakit Puan, terdapat tiga gejala kesihatan yang dialami oleh wanita 40an dan keatas. Mereka akan mengalami penuaan, perubatan seperti diabetes, darah tinggi serta berisiko kanser payu dara dan kanser rahim. Golongan ini juga berisiko tinggi mengalami osteoporosis.
Bagaimana Hendak Kekal Sihat Dan Cergas Bila Usia Masuk 40an dan Ke Atas?
1. Kurangkan berat
Jika mengalami berat badan yang berlebihan, adalah disarankan mengurangkan berat badan tersebut. Ini adalah kerana apabila berat badan di tahap yang ideal, sekurang-kurangnya ia dapat meminimumkan simptom-simptom menopaus dan mengurangkan risiko jangka masa panjang penurunan hormon
2. Makan ikan
Wanita adalah digalakkan cuba makan sekurang-kurangnya dua hidangan ikan seminggu. Risiko penyakit jantung berkemungkinan akan meningkat selepas menopaus. Jika mengalami masalah untuk makan ikan seminggu sekali, mungkin mengambil suplemen minyak ikan boleh membantu.
Ia juga mampu membantu wanita yang obes atau berat badan yang berlebihan bagi mengurangkan ‘hot flashes’.
3.Tambahkan klasium
Keperluan kalsium meningkat selepas umur 50 tahun. Apabila estrogen berkurangan maka tulang tidak dapat menyerap kalsium dengan baik.
Kajian menunjukkan dengan mengambil 1,000 mg kalsium dan magnesium serentak dapat membantu wanita meringankan sakit ketika haid dan memperbaiki kebas-kebas serta kekejangan.
4. Cuba ambil protein dari tumbuhan
Kenapa kita perlu protein? Badan kita sangat perlukan protein bagi membentuk struktur asas tubuh iaitu otot, organ, kalenjar, tulang dan gigi. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu di dalam badan. Ia juga adalah komponen utama kepada hormon manusia lain.
Protein adalah satu bahan organik yang kompleks. Asis amino ialah salah satu unit asas protein. Protein juga bertindak dalam membina sel, memperbaiki tisu, pembinaan hemoglobin dan antibodi serta membekalkan tenaga.
Apa akan jadi bila kita kurang ambil protein?
- kulit wajah kusam dan tidak bermaya
- perut buncit akibat pengumpulan bendalir tisu
- rambut rosak, nipis, bercabang dan akhirnya menjadi botak
- kuku cepat patah
- kulit berkedut
- kulit besisik
- muka cengkung
5. Legakan rasa kembung
Kebanyakkan wanita yang sedang mengalami menopaus mengalami masalah kembung dengan air. Sebab terjadi demikian sangat tidak jelas.
Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurangkan jumlah garam dan karbohidrat yang telah diproses di dalam makanan. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan air tersimpan di dalam tubuh. Tetapi, jangan kurangkan pengambilan bijirin penuh yang kaya dengan serat untuk jantung yang sihat dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran.
6. Cari diet yang sesuai
Sebarang diet yang seimbang dapat membantu wanita mengurangkan kalori. Namun demikian, wanita selepas menopaus yang mengamalkan diet kurang lemak dan mengambil lebih sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin berkemungkinan kurang untuk menambah berat badan daripada wanita yang makan lebih lemak.
7. Cuba minum tea ais berherba
Setiap pagi mungkin anda suka minum kopi atau teh panas. Semasa menopaus amat tidak digalakkan untuk minum minuman panas ketika sarapan. Umumnya, minuman panas dikatakan mampu mencetus ‘hot flashes’. Apa kata cubalah ambil minuman sejuk dan tidak berkafein.
“Faktor ketidakseimbangan hormon, kekurangan vitamin D dalam badan, diet serta gaya hidup tidak sihat dan perubahan bentuk badan adalah antara sebab kenapa wanita yang berusia 40an dan keatas memerlukan TAMBAHAN VITAMIN. Vitamin bukanlah ubat yang dapat kita lihat dalam jangkamasa yang pendek. Vitamin mampu membantu dapatkan nutrien tambahan bagi memenuhi keperluan tubuh untuk jangkamasa panjang.”
Berikut adalah vitamin untuk wanita yang sesuai diambil oleh semua wanita dalam penjagaan kesihatan luaran dan dalaman.
1.GLA Shaklee (Gamma Linolenik Asid)
Ia adalah kombinasi minyak borage yang mengandungi Asid Gamma Linolenik (GLA), Asid Linolek (LA), vitamin E dan minyak bunga matahari.
Hormon mulai tidak seimbang apabila usia masuk 40an. Pada masa ini, pengeluaran hormon estrogen semakin berkurangan dan gejala pra-menopaus akan muncul. Akibat dari ketidakstabilan horman, hidup wanita boleh jadi hura-hara. Perasan cepat marah, kurang selera makan, selalu rasa cemas, insomnia sering melanda wanita 40an keatas.
Minyak borage ini merupakan sumber Asid Gamma Linolenik (GLA) yang membantu keseimbangan hormon tubuh, mengurangkan simptom PMS, mengurangkan pengumpulan darah yang menyebabkan kekejangan serta membantu mengendalikan hormon-horman seksual estrogen dan testosteron.
Setiap kapsul mengandungi 300 mg GLA iaitu dua kali ganda GLA dalam EPO serta tiga kali lebih berkesan daripada EPO.
2. Omega Guard Shaklee
Bila usia sudah menginjak 40an ini, sebagai wanita kita perlu berjinak dengan minyak ikan. Ia berfungsi membantu wanita;
- mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS,
- membantu jadikan kulit licin dan kemerah-merahan
- mencegah penyakit saluran darah dan strok
- menentang kanser
- memelihara sendi-sendi
- mencegah insomnia
- membantu megurangkan tekanan.
- menguatkan daya ingatan
Satu hidangan Omega Guard membekalkan 990 mg asid lemak omega-3, EPA dan DHA
3. OsteNutrix Shaklee
Wanita akan memerlukan lebih kalsium apabila masuk usia 40an kerana kadar laktosa kian menurun apabila usia semakin meningkat. Proses pereputan tulang berlaku lebih cepat apabila usia menginjak 30an lagi.
Keistimewaan OsteNutrix ini adalah ianya bukan sekadar kalsum sahaja tetapi lengkap bersama magnesium, vitamin D, baron, zinc kuprum dan vitamin K.
Wanita berusia 40an dan keatas memerlukan 800 – 1,000 mg kalsium setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 2 gelas susu sehari. Bagi bukan pengemar susu, OsteNutrix menjadi penyelamat anda untuk membantu memelihara kalsium di dalam tubuh.
4. Vita-Lize
Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkenaan VITAMIN UNTUK WANITA ini boleh hubungi saya.
P/S : Untuk pengetahun sempena bulan Kemerdekaan ada "Medeka Sale"untuk beberapa vitamin yang terpilih termasuk vitamin GLA Complex ada penjimatan berbaloi untuk pembelian satu,dua atau tiga botol GLA Complex.
Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak
012 971 5359 | wasap saya | Facebook
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph202
Comments
Post a Comment