Skip to main content

5 KEBAIKAN CoQTROL PLUS SHAKLEE

 

Assalamualaikum...Salam Sejahtera



Entri saya kali ini adalah mengenai CoQtrol Plus Shaklee,formulasi baru yang lebih baik mengandungi campuran Proprietari 100mg Coenzyme Q10, Resveratrol dan Tokoferol memberi hasil dan keberkesanan CoQ10 terbaik.


Kenali Apakah Coenzyme Q10/CoQ10


Coenzyme Q10 atau lebih dikenali sebagai C0Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga disetiap sel dalam badan kita. 

CoQ10 merupakan sejenis nutrient yang larut lemak dan terdapat dalam semua sel badan kita. Paling banyak didapati di otak,jantung dan hati. Ia  berada dalam mitokondria iaitu kilang tenaga sel. Ianya bertindak seperti palam pencucuh atau spark plug untuk memulakan proses penghasilan tenaga  yang boleh digunakan sepanjang hari. Ianya menukarkan makanan dalam bentuk Adenosin Trifosfat (ATP). CoQ10 juga adalah antioksidan yang kuat melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.




Keistimewaan Shaklee

 CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. 

• Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun. #11026 | 30 kapsul / 30 sajian Saranan Penggunaan: Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 kapsul sekali sehari dengan makanan. 3kg Daging 3.3kg Mentega Kacang 100 cawan Brokoli Rebus 100 sudu makan Minyak Canola Tahukah A

Berapa Banyak CoQ10 yang Anda Perlukan? 

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Walaupun CoQ10 secara semulajadi dihasilkan oleh badan kita, ianya merosot seiring dengan gaya hidup dan usia. Seawal usia 20 tahun, tubuh anda mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10. Mereka yang mengambil statin, ubat untuk merendahkan kolesterol, memerlukan jumlah CoQ10 yang lebih tinggi kerana ubat tersebut mengurangkan penghasilannya dalam badan sebanyak 40%! 

 Untuk mendapatkan 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil:




5 Kebaikan CoQ-Trol Plus Shaklee

1) Mengekalkan Tenaga Sepanjang Hari

CoQ-Trol Plus Shaklee mampu meningkatkan tenaga di dalam sel untuk menyokong gaya hidup aktif. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan kekuatan otot dan mempercepatkan proses pemulihan luka pada badan.






2) Memperbaiki Peredaran Darah

CoQ10 paling banyak didapati di jantung kita kerana ia perlu menggunakan paling banyak tenaga untuk mengepam darah ke seluruh badan. Jantung kita perlu mengepam kira-kira 2,000 gelen darah ke seluruh badan setiap hari tanpa gagal!
Apabila jantung kita tidak berfungsi secara optimum, itu yang boleh mendatangkan penyakit jantung. 80% penyakit jantung dapat dicegah jika kita mengubah tabiat pemakanan, bersenam, kawal tahap kolestrol dan tekanan darah dalam badan.
CoQ-Trol Plus Shaklee memberi banyak manfaat kepada jantung seperti:
Menguatkan otot jantung
Membantu peredaran darah dengan lancar
Mengurangkan risiko penyakit jantung
Meningkatkan tahap tenaga untuk pesakit yang mengambil Statin



3) Meningkatkan Kesuburan

CoQ-Trol Plus Shaklee bertindak sebagai antioksidan yang mampu melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas dan juga mampu meningkatkan jumlah sperma.
Semakin banyak CoQ10 dalam Mitokondria, semakin cepat pergerakan sperma untuk membantu meningkatkan peluang persenyawaan.
Kajian yang dibuat ke atas 228 lelaki yang tidak subur, 114 lelaki diberi 200mg CoQ10 setiap hari. Manakala 114 lelaki lain sebagai aras kawalan. Keputusan yang dapat dihasilkan ialah jumlah sperma mereka meningkat & pergerakan sperma juga sangat aktif berbanding dengan lelaki yang tidak mengambil CoQ10.

4) Memberikan Kulit Yang Gebu dan Lembut
Tahukah anda bahawa CoQ10 terdapat banyak pada permukaan kulit lipid pada bahagian epidermis?
CoQ-Trol Plus Shaklee mampu:
Bertindak sebagai pelindung UV kepada kulit
Memberi tenaga kepada sel bagi memperbaiki dan penghasilan sel baru
Membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan pada muka
Membantu mengekalkan keanjalan kulit
Kulit akan kelihatan lebih muda dan sihat



5) Membantu Menajamkan Minda
Apabila usia kita semakin meningkat, tahap CoQ10 di dalam tubuh semakin berkurangan. Dengan pengambilan CoQ-Trol Plus Shaklee yang berterusan, ia mampu membekalkan tenaga kepada otak. Pada masa yang sama, CoQ-Trol Plus Shaklee bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi neuro dan mengurangkan Amyloid.
Antara manfaat CoQ-Trol Plus Shaklee untuk minda ialah:
- Mampu memberi lebih fokus dan kepekaan
- Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson
- Meningkatkan daya ingatan
- Meningkat keupayaan pembelajaran.








P/s : Hubungi saya 012-9715359 untuk dapatkan CoQ-Trol Plus dan produk Shaklee yang lain.
Insyallah saya akan memberi panduan kepada anda cara makan dan teknik pengambilan vitamin yang berkesan dan sesuai untuk masalah kesihatan anda.



Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak

012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph202

.

Comments

Popular posts from this blog

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum..salam sejahtera Mempunyai kulit wajah yang tidak ada masalah kulit terutama jeragat menjadi idaman semua orang terutama wanita.  Oleh itu entri saya kali ini akan menerangkan apa itu jeragat dan petua-petua untuk mengatasi masalah jeragat ini. APA ITU JERAGAT? Hiperpigmentasi atau jeragat berlaku apabila kawasan kulit tertentu menjadi lebih gelap atau tebal. Perubahan warna ini menjadikan kulit kelihatan kusam dan tone kulit tidak sekata. Pigmentasi merupakan perwarnaan kulit ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh sel-sel kulit. Istilah ini boleh metangkumi pelbagai jenis gangguan pigmentasi kulit yang boleh menjejaskan kawasan kulit yang kecil atau besar. Walaupun jeragat tidak berbahaya  tetapi ia mungkin menjejaskan penampilan seseorang. Sebelum kita mengetahui apa Petua Hilangkan Jeragat terlebih dahulu perlu kita ketahui apa yang menyebabkan terjadinya jeragat. BERIKUT ADALAH PUNCA-PUNCA TERJADINYA JERAGAT SINARAN ULTRALEMBAYUNG (UV) -  Sinar UV sela

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa b

SERONOKNYA PERCUTIAN SHAKLEE

  Assalamualaikum Semua!   Kalau anda dapat peluang pergi bercuti,sudah tentu seronokkan?.Apa lagi kalau percutian itu ditaja. Dengan kata lain percutian percuma, ditaja sepenuhnya,bestkan!. Rasanya ramai yang suka kalau dapat peluang bercuti ditaja ini ,jaranglah sangat kalau ada yang tidak suka benda yang percumakan? Seperti sudah diketahui, pihak Shaklee ada memberi insentif atau ganjaran kepada pengedar Shaklee yang layak. Ganjaran itu dikenali sebagai 3C iaitu Cash,Car dan Covention. Hari ni saya nak bercerita tentang ganjaran yang ketiga tu iaitu convention. Melalui ganjaran ini, pengedar Shaklee berpeluang menikmati  percutian bertaraf 5 bintang dalam dan luar negara yang kesemuanya ditaja 100% oleh Shaklee. Seronokkan, kita hanya datang bawa badan sahaja,sebb semua sudah disediakan. Biasanya Shaklee akan bagi pilihan trip, samada trip international, regional atau umrah. Antara syarat-syarat nak layakkan diri untuk trip Shaklee ni ialah first sekali anda kenalah  mendaftar menja