Skip to main content

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

 Assalamualaikum W.B.T


Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon.
Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat.

Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa.
ADAB-ADAB BERDOA

  1. Mengikhlaskan hati kepada Allah.

  2. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah

  3. Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa bahasa sekalipun. Seelok-elok doa ialah ‘Doa Maksurat’ iaitu doa yang diambil dari al-Quran dan as-Sunnah, atau doa yang dibaca oleh sahabat, para tabiin atau imam-imam yang terkenal kesolehannya dan ketaqwaan mereka kepada Allah.
  4. Mengadap kiblat, kecuali imam kerana imam makruh mengadap kiblat, akan tetapi disunatkan baginya mengadap makmum atau menjadikan rusuk kanannya mengadap makmum dan rusuk kirinya mengadap kiblat.
  5. Memilih waktu-waktu yang mulia seperti berdoa di Hari Arafah, hari-hari di bulan Ramadhan, pada hari jumaat, waktu sahur atau tengah malam, ketika hujan turun, di antara azan dan iqamah, dalam solat fardhu, ketika sujud, selepas solat, ketika imam duduk antara dua khutbah Jumaat, sebelum magrib hari Jumaat, ketika sedang berpuasa dan lain-lain lagi.
  6. Berada dalam keadaan suci zahir (tubuh badan) dan batin (hati) dari perkara-perkara kotor dan maksiat.
  7. Merendah diri dan khusyu’ dan dengan penuh pengharapan agar doa tersebut diterima oleh Allah dan perasaan takut tidak diperkenankannya.
  8. Berdoa dengan penuh kesungguhan dengan penuh keyakinan bahawa doa tersebut akan diperkenankan Allah.
  9. Membaca doa dengan penuh ketenangan dan tidak tergopoh -gapah.
  10. Merendahkan suara.
  11. Pengakuan terhadap segala dosa yang telah dilakukan dan memohon keampunan dariNya.
  12. Pengakuan terhadap segala nikmat dan dan bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan tersebut.
  13. Berdoa dengan mengulang-ulangkannya sebanyak 3 kali bagi setiap permintaan dan tidak terburu-buru supaya ia diperkenankannya.
  14. Tidak menyusahkan diri dengan doa-doa yang berunsur sastera (bahasa yang susah).
  15. Memulangkan hak dan meminta maaf daripada orang yang dizalimi serta bertaubat dengan perbuatan tersebut.
  16. Berwudhu’ sekiranya tidak menjadi keberatan dan tidak menyusahkan.
  17. Tidak keterlaluan ketika berdoa seperti memohon perkara yang pelek-pelek dan tidak munasabah sebagai seorang hamba Allah dengan nada paksaan agar Allah memperkenankannya.
  18. Berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah yang Maha baik (Asma’ulla al-Husna) dn sifat-sifatNya yang Maha Tinggi dan dengan amalan soleh yang dilakukan atau dengan meminta seseorang yang soleh yang masih hidup, mendoakannya.
  19. Memastikan makanan dan minuman serta pakaian yang dipakai dari sumber yang halal.
  20. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, agar doa kita lebih cepat diperkenankan, lantaran usaha kita membantu agama Allah.
  21. Menjauhkan diri dari segala bentuk maksiat samada zahir mahupun batin.
  22. Mengakhiri doa dengan berselawat ke atas Nabi SAW dan bertahmid kepada Allah.
  23. Hendaklah berdoa untuk kesejahteraan iman, amal dan akhlak diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.

Ini 3 doa mudah yang biasa saya amalkan dan amat sesuai diamalkan oleh semua wanita.

1. Doa Dipermudahkan Urusan


Ini doa Nabi Yunus A.S ,doa ini dibaca untuk memudahkan segala urusan dan kesulitan. Doa ini memang saya selalu baca tidak kira masa, bukan sahaja selepas solat tetapi di mana jua.  Contoh :Setiap kali kalau  memandu kereta saya akan baca doa ini, kiranya macam kita berzikir juga. Memohon kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan, dilancarkan perjalanan dan dipermudahkan juga dari kesulitan. Doa ini dibaca berulang kali dengan tenang.

2. Doa Pengasih/Pengikat Kasih Sayang



Baca doa ini untuk menambah rasa cinta dan sayang terhadp ahli keluarga sama ada ibubapa kepada anak-anak, suami isteri, anak terhadap ibubapa dan sebagainya.

Doa ini mudah dan ringkas, InsyAllah boleh dihafal dan diamalkan setiap hari selepas solat atau bila-bila waktu ketika berdoa.


3. Doa Pelembut Hati




Antaranya firman Allah SWT:
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada yang di kehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
[Surah Asy-Syura: 19]


Bacalah doa ini untuk melembutkan hati pasangan kita, semoga terbuka hari berubah ke arah kebaikan dan dilimpahkan rezeki.

Begitu juga kalau anak-anak degil dan keras hati. Sudah tentu kita sebagai ibubapa akan runsing.

Juga dari firman Allah SWT:
طه.
مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ.
إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ.
تَنْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى.
الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ.
Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.”
[Surah Taha: 1-5]

Bacalah dan niatkan agar Allah SWT lembutkan hati si dia.  Semoga Allah SWT memakbulkan doa yang baik-baik itu. Insya-Allah, biiznillah.

Ini merupakan  3 doa mudah yang diambil dari Al Quran. Sebenarnya banyak doa yang sangat baik diamalkan. Khususnya yang diambil dari ayat Al-Quran. Al- Quran itukan Kalamullah,di dalamnya terkandung penawar. Semoga semua wanita dapat mengamalkan doa ini Doa Yang Bagus Untuk Wanita.





Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak

012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph202
















Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE FUN DAY

  Pada 18hb Mac 2023, hari Sabtu baru-baru ini saya berkesempatan menemani suami ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia TNB. Suami saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Setia TNB kerana perkhidamatan suami selama 25 tahun. Anugetah itu di adakan di  Convention Center TNB Pantinum, Bangsar Kuala Lumpur Saya sangat seronok bila dapat sama-sama  menyertaikan Majlis Korporat sebegini kerana ini ada pertama kali buat saya merasai suasana majlis yang gilang-gemilang penuh berprestij.Suasana dewan yang meriah dan gah  Pada tarikh yang sama juga, 18 Mac 2023 telah diadakan ' SHAKLEE FUN DAY' yang berlangsung di empat cawangan Shaklee terpilih iaitu Home Office Petaling Jaya,Branch Kuala Lumpur, Kota Baharu dan jugak Johor Bahru. Malangnya saya tidak dapat menyertai Fun Day itu kerana menemani suami. Istimewanya pada hari tersebut boleh bawa keluarga dan rakan-rakan. Terbahagi kepada 2 kategori, Shaklee Fun Day telah memberi kelebihan kepada ahli baru yang berdaftar pada hari tersebut dan

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN C SHAKLEE

Assalamualaikum...Salam sejahtera Saya dah ambil vitamin C Shaklee ini,sejak tahun 2018 sehingga sekarang. Pengambilan vitamin  yang konsisten membawa banyak perbezaan pada saya. Kalau dulu kulit kusam,kulit sering mengalami kegatalan,selalu demam dan selsema Sekarang tidak lagi kulit rasa bermaya,cerah,rasa anjal dan jarang-jarang mengalami demam,selsema dan batuk. Terdapat banyak pilihan vitamin C di pasaran, sehingga kita tidak tahu hendak memilih yang baik untuk kita. Bagaimana kita hendak mengetahui vitamin manakah yang terbaik?.  Menurut Dr Bruce Miller ada panduan untuk memilih Vitamin C yang baik untuk kita. Adalah seperti berikut: Pilihlah Vitamin C yang memberikan 500 mg per tablet. Pastikan ianya dari sumber semulajadi dan bertindak mengikut pelepasan masa. Mengandungi "bioflavonoids" yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap Vitamin C perlulah mengandungi 120mg "bioflavonoids". Ianya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapan yang optimum di dalam tu