Skip to main content

Posts

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN C SHAKLEE

Assalamualaikum...Salam sejahtera Saya dah ambil vitamin C Shaklee ini,sejak tahun 2018 sehingga sekarang. Pengambilan vitamin  yang konsisten membawa banyak perbezaan pada saya. Kalau dulu kulit kusam,kulit sering mengalami kegatalan,selalu demam dan selsema Sekarang tidak lagi kulit rasa bermaya,cerah,rasa anjal dan jarang-jarang mengalami demam,selsema dan batuk. Terdapat banyak pilihan vitamin C di pasaran, sehingga kita tidak tahu hendak memilih yang baik untuk kita. Bagaimana kita hendak mengetahui vitamin manakah yang terbaik?.  Menurut Dr Bruce Miller ada panduan untuk memilih Vitamin C yang baik untuk kita. Adalah seperti berikut: Pilihlah Vitamin C yang memberikan 500 mg per tablet. Pastikan ianya dari sumber semulajadi dan bertindak mengikut pelepasan masa. Mengandungi "bioflavonoids" yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap Vitamin C perlulah mengandungi 120mg "bioflavonoids". Ianya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapan yang optimum di dalam tu...

KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE

  Assalamualaikum..Salam Sejahtera Entri saya kali ini mengenai kepentingan dan kelebihan vitamin C Shaklee. Sebelum itu saya ingin menerangkan apakah itu vitamin C. APAKAH ITU VITAMIN C? Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya Asid Askorbik adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan,sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetangah haiwan berkeupayaan menghasikan vitamin C tetapi  tidak pada manusia. Manusia perlu mendapatkan vitamin daripada pemakanan atau suplemen -suplemen kesihatan yand diambil.  Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C: Buah-buahan : Jambu batu,betik,buah sitrus (seperti oren dan limau gedang),kiwi dan strawberi. Sayur-sayuran : Brokoli dan tomato. ** Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE Sustained Release Vita-C Plus ialah produk semulajadi...

SET MENGANDUNG SHAKLEE - VITAMIN UNTUK WANITA MENGANDUNG

  Assalamualaikum WBT Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan. Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan. Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi d...

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG - APA YANG PERLU DIMAKAN OLEH IBU HAMIL

  Assalamualaikum WBT Mengandung adalah pengalaman yang indah dan menarik lebih-lebih lagi pengalaman mengandung untuk pertama kalinya. Alhamdulillah saya juga diberi pengalaman itu mengandung dan menjadi seorang ibu adalah satu keseronokan dan kegembiraan yang tidak tergambar.  Dari saat mendapat keputusan kehamilan yang positif, menghadiri temujanji ultra sound pertama,mendengar degupan jantung bayi  anda buat kali pertama dan melihat perut semakin membesar hari ke hari, pengalaman ini benar-benar mengubah hidup. Awal kehamilan, ramai ibu yang alami alahan. Saya sendiri alami pening loya dan muntah. Ada juga ibu-ibu yang mengalami alahan yang teruk dan perlu dibawa ke hospital. Itulah cabaran dan dugaan yang perlu ibu-ibu hamil hadapi. Alahan-alahan yang biasa ibu mengandung alami adalah:- - Loya

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh ...