Skip to main content

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


Assalamualaikum..Salam Sejahtera



Bertemu kita lagi dalam blog saya ini, kali ini dengan entri yang baru iaitu Amalan Gaya Hidup Sihat. Kita sering terbaca atau mendengar kepentingan amalan gaya hidup sihat di kaca televisyen,majalah, di radio dan di media sosial yang lain. ada juga yang menyentuh soal senaman dan aktiviti fizikal. tidak kurang juga menyarankan kita mengelakkan diri daripada tabiat dan pemakanan yang kurang sihat.

Untuk memulakan gaya hidup yang sihat, anda perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan,kesihatan mental dan aktiviti fizikal. Ramai yang cakna mengenai  AMALAN GAYA HIDUP SIHAT tetapi malas untuk memulakannya.

Mari mulakan Amalan Gaya Hidup Sihat dengan empat langkah berikut ini:-

1. JAGA PEMAKANAN,AMALKAN KONSEP SUKU-SUKU SEPARUH

Kawal kuantiti makanan yang diambil setiap hari. Untuk lebih mudah guna pinggan yang telah dibahagikan kepada tiga bahagian dengan Konsep Suku Suku Separuh. Maksudnya suku pertama diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi,mi,roti dan bijirin, dimana kumpulan ini merupakan sumber tenaga utama kepada tubuh kita.

Suku kedua pula,ikan,ayam,daging,telur dan kekacang yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh. separuh lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat,vitamin dan mineral penting untuk membantu pelbagai fungsi penting tubuh.




Manakala pengambilan air yang disarankan ialah enam hinggga lapan gelas sehari. Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu sangat aktif dan banyak berpeluh mereka perlu mengambil dua gelas air tambahan bagi mengelakkan dehidrasi.


Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan pula, mulakan dengan kurangkan pengambilan minuman manis atau berhenti terus mengambil minuman manis. Banyakkan minum air kosong dan jika teringin sesuatu yang manis boleh makan buah atau makanan sihat yang lain. Perlu diingat, berat badan ideal atau normal bermakna kesihatan anda lebih baik.

Sebaliknya, berat badan berlebihan membawa kepada banyak risiko masalah kesihatan, Selain kawal pengambilan minuman manis, bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. Harus tahu, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah kunci untuk kawal berat badan.

2. JAGA EMOSI, JANGAN MARAH-MARAH

Rasulullah SAW menasihati ‘jangan marah’ diulangi sehingga tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah. Bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Oleh itu kita perlu mengawal emosi kita dan bersikap tenang walau dalam apa jua keadaan pun.

3. JALAN KAKI (JANGAN MALAS)

Berjalan kaki bukan semata untuk kurus tetapi untuk sihat juga. Kebanyakan daripada kita bekerja memerlukan duduk di depan komputer dan tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak. Senaman sama seperti makan, selagi kita makan selagi itu kita perlu bersenam (bergerak). Sebelum mulakan aktiviti senaman berkala, cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan cadangan di bawah.

πŸ‘‰ Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat (bawah 1km)
πŸ‘‰ Gunakan tangga berbanding lif.
πŸ‘‰ Letak kereta jauh daripada pejabat.
πŸ‘‰ Regangkan badan selama 10 minit setiap sejam.
πŸ‘‰Rajinkan buat kerja rumah.





Buatlah apa sahaja aktiviti yang memerlukan anda bergerak seperti menari, bersukan badminton atau futsal atau lompat tali. Lakukan minima 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan menjadikan anda lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin, adrenalin dan endorfin.
4. MAKANAN TAMBAHAN
Untuk gaya hidup sihat kita perlukan makanan tambahan ataupun suplemen untuk membantu menambah dan membaiki kekurangan nutrisi dalam badan. Shaklee mempunyai gabungan pengganti makanan dan vitamin yang terbukti selamat dan semulajadi. Antaranya ESP Shaklee dengan protein soya memberi tenaga  dan membantu memberi rasa kenyang dan kita tidaklah terasa hendak craving makanan yang tidak menyihatkan.
Apabila badan dalam keadaan sihat, fizikal dan minda juga berfungsi lebih baik. Selain itu, keadaan fizikal yang sihat tentunya akan menambah keyakinan diri. Bersosial juga merupakan gaya hidup sihat yang membantu menjadikan kehidupan lebih sempurna dan bermakna.

Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak

012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph202




Comments

Popular posts from this blog

KURUS DENGAN SET BAJET SHAKLEE

 Assalamualaikum...Salam Sejahtera  Bagi saya kurus bukan semata-mata untuk  cantik sahaja tetapi lebih kepada menjaga kesihatan untuk sihat tubuh badan . Penjagaan kesihatan adalah penting,jika kita kurangkan berat badan memudahkan urusan seharian dan jauh dari penyakit.  Untuk mendapat badan yang sihat,Shaklee menekankan 3 perkara dalam kehidupan seharian, iaitu kehidupan yang sihat, senaman berkala dan pengambilan supplemen secara bijak.  Menguruskan badan pula, bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan keazaman dan kehendak yang tinggi untuk anda kekal bersemangat dalam penjadualan atau pencatuan makanan harian anda dari habit lama kepada habit yang sihat. 3 Asas Utama Kuruskan Badan Secara Sihat Dan Betul Bakar - lemak yang degil perlu dibakar supaya penurunan berat badan dapat diturunkan dengan lebih berkesan dan cepat.  Buang - Lemak yang telah dibakar perlu dibuang dari badan. Ia perlu dibuang melalui pembuangan najis, peluh dan air kencing. Bina...

SHAKLEE FUN DAY

  Pada 18hb Mac 2023, hari Sabtu baru-baru ini saya berkesempatan menemani suami ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia TNB. Suami saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Setia TNB kerana perkhidamatan suami selama 25 tahun. Anugetah itu di adakan di  Convention Center TNB Pantinum, Bangsar Kuala Lumpur Saya sangat seronok bila dapat sama-sama  menyertaikan Majlis Korporat sebegini kerana ini ada pertama kali buat saya merasai suasana majlis yang gilang-gemilang penuh berprestij.Suasana dewan yang meriah dan gah  Pada tarikh yang sama juga, 18 Mac 2023 telah diadakan ' SHAKLEE FUN DAY' yang berlangsung di empat cawangan Shaklee terpilih iaitu Home Office Petaling Jaya,Branch Kuala Lumpur, Kota Baharu dan jugak Johor Bahru. Malangnya saya tidak dapat menyertai Fun Day itu kerana menemani suami. Istimewanya pada hari tersebut boleh bawa keluarga dan rakan-rakan. Terbahagi kepada 2 kategori, Shaklee Fun Day telah memberi kelebihan kepada ahli baru yang berdaftar pada hari t...

PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDI

  Assalamualaikum...Salam Sejahtera Pain Relief Caplet merupakan produk baru dari Shaklee,digunakan untuk melegakan kesakitan sendi dan otot secara tradisional. Setiap hari, ramai antara kita yang memaksa badan bekerja kuat ,sama ada berjoging jauh pada waktu pagi, membongkok atau mengangkat barang sepanjang hari di tempat kerja. Akhirnya, badan kita terutamanya sendi, yang akan menanggung akibatnya, sakit. Ini adalah tindak balas semula jadi badan kepada keradangan. APA ITU PAIN RELIEF CAPLET SHAKLEE? Pain Relief Caplet Shaklee adalah campuran sinergi yang dipatenkan daripada ekstrak Boswellia  dengan ekstrak Safflower secara semula jadi yang membantu mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan sendi dan otot APAKAH YANG MEMBUATKAN PAIN RELIEF SHAKLEE CAPLET ISTIMEWA? Pain Relief Caplet adalah campuran Boswelllia dan Safflower, Boswellia iaitu ekstrak herba yang diambil daripada pokok Boswellia serrata. Ekstrak resin daripada pokok Boswellia telah digunakan sebagai ubat tradis...