Skip to main content

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Assalamualaikum..salam sejahtera



Mempunyai kulit wajah yang tidak ada masalah kulit terutama jeragat menjadi idaman semua orang terutama wanita.  Oleh itu entri saya kali ini akan menerangkan apa itu jeragat dan petua-petua untuk mengatasi masalah jeragat ini.


APA ITU JERAGAT?

Hiperpigmentasi atau jeragat berlaku apabila kawasan kulit tertentu menjadi lebih gelap atau tebal. Perubahan warna ini menjadikan kulit kelihatan kusam dan tone kulit tidak sekata.

Pigmentasi merupakan perwarnaan kulit ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh sel-sel kulit. Istilah ini boleh metangkumi pelbagai jenis gangguan pigmentasi kulit yang boleh menjejaskan kawasan kulit yang kecil atau besar.

Walaupun jeragat tidak berbahaya  tetapi ia mungkin menjejaskan penampilan seseorang.

Sebelum kita mengetahui apa Petua Hilangkan Jeragat terlebih dahulu perlu kita ketahui apa yang menyebabkan terjadinya jeragat.

BERIKUT ADALAH PUNCA-PUNCA TERJADINYA JERAGAT


  • SINARAN ULTRALEMBAYUNG (UV) - Sinar UV selalu ditemukan melalui sinaran matahari, lampu pendaflour, lampu halogen dan beberapa jenis laser. Manakala pencahayaan wap merkuri yang terdapat di Gym dan stadium juga boleh mencetuskan jeragat.
  • PENCEMARAN DARI PERSEKITARAN - Zarah-zarah tercemar dari alam sekitar meningkatkan radikal bebas pada kulit bebas dalam badan. Pencemaran juga mengakibatkan microbiome kulit menjadi tidak stabil dengan cara menganggu pertahanan kulit. Kedannya akan perasan terdapat bintik-bintik hitam terutamanya pada kulit wajah.
  • FAKTOR KETURUNAN - Adakah ini satu mitos atau fakta? Jawapannya fakta. Pigmintasi kulit seorang wanita boleh menurun kepada si anak. Tidak perlu bimbang kerana masih boleh mengawal melalui rawatan - rawatan yang sesuai.
  • BAHAN KANDUNGAN YANG BERBAHAYA - Pernah dengar produk timbang kilo?. Bahan kandungan yang berbahaya mengakibatkan perlingungan kulit terhakis sinaran UV terus meresap masuk ke lapisan epiderms lebih cepat dari biasa. Akhirnya pembentukan melanin atau jeragat pun terhasil.
  • TEKANAN PERASAAN - Tekanan perasaan menyebabkan perubahan tehadap interaksi sesama hormon. Hormon yang tidak stabil mengakibatkan terjadinya jeragat.

PETUA dan CARA HILANGKAN JERAGAT

Baik, sekarang kita sudah tahu apa itu jeragat, mari kita amalkan beberapa petua hilangkan jeragat seperti di bawah ini:

1. BAKING SODA

Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit. Caranya, campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal.

Sapukan pada kawasan yang terjejas dan mencucinya selepas beberapa minit. Ulangi dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan keputusan.

Nota: Elakkan daripada menggunakan baking soda jika anda mempunyai kulit sensitif.

2. OATMEAL

Oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja. Ia juga bekerja sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang.

Caranya, campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat. Anda juga boleh menambah satu sudu cuka epal cider. Lembapkan kulit anda dan kemudian letakkan pes ini pada muka anda. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.

Sebagai alternatif, letakkan serbuk pes oatmeal serbuk ini yang dicampur dengan air. Biarkan selama 10 minit dan kemudian gosok pada muka.

Cuba antara dua cara ini, sekali atau dua kali seminggu secara rutin.

3. JUS LEMON

Kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen.

Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. Teruskan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.

4.  CUKA EPAL CIDER

Cuka epal cider berfungsi seperti astringen dan dengan itu ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang membantu melawan jerawat.

Caranya, campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air. Letakkan pada muka anda dengan menggunakan bola kapas. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

Cara lain adalah dengan mencampurkan satu bahagian cuka epal cider dengan tiga bahagian tepung jagung. Letakkan pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum menggosok muka semula. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam. Selepas itu, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.

Cuba cara ini setiap hari atau beberapa kali seminggu sehingga anda mendapat hasil yang memberangsangkan.

5. CUCI MUKA DENGAN KERAP

Cara hilangkan jeragat yang pertama ialah anda perlu lebih menitik-beratkan pasal kebersihan. Basuhlah muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka. Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati; dan pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebtu di bahagian muka.

Tetapi berhati-hati jangan pula sampai terlalu kering yang boleh menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yang boleh membawa kepada pembentukan lebih banyak jeragat.

6. GUNAKAN KRIM DARI FARMASI

Cara hilangkan jeragat kedua pula menggunakan krim dari farmasi. Ingat, jangan beli krim yang dijual di tepi jalan!

Gunakan krim benzoil peroksida untuk membersihkan muka. Benzoil peroksida merupakan rawatan jerawat yang amat berkesan yang juga boleh digunakan untuk menghilangkan jeragat. Ia berfungsi dengan membunuh bakteria pada permukkan kulit dan dengan menghapuskan pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati dari permukaan liang-liang muka.

Ia boleh didapati di mana-mana farmasi dan mempunyai tahap kekuatan yang tertentu. Tetapi diingatkan bahawa krim benzoil peroksida boleh menyebabkan kulit menjadi sakit, gatal, kering dan mengelupas.

Jika ragu-ragu, jumpa doktor dahulu untuk mendapatkan konsultasi.

7. JUMPA PAKAR KULIT

Seperti diberitahu, jumpa pakar kulit jika tidak mahu semberono menggunakan produk yang belum tentu kesahihannya. Keluarkan jeragat tersebut dengan berjumpa dengan doktor pakar dermatologi atau doktor pakar kulit.

Doktor akan gunakan sejenis alat yang telah disterilkan dan mengeluarkan jeragat serta membuang semua pembentukan minyak dan sel-sel kulit yang mati di dalamnya.

MERAWAT MASALAH JERAGAT DENGAN PRODUK SHAKLE

1) VITAMIN C
Penting dalam penghasilan KOLAGEN. Pengambilan Vitamin C secara konsisten membantu anda dapatkan kulit yang tampak lebih cerah,ianya juga melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi dan ini membantu mengurangkan kejadian jeragat. 

2) VITAMIN E
Terkenal dengan vitamin AWET  MUDAMelambatkan proses penuaan kulit. Juga boleh membantu dalam keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Vitamin E juga mengurangkan kesan jeragat.


3)  ESP PROTEIN SOYA
Mengurangkan kesan hitam atau kulit mati akibat jeragat. Protein sangat penting dalam penghasilan SEL BARU bagi menggantikan sel kulit yang telah mati dan rosak. Insyallah dengan mencukupkan kandungan protein dalam badan, dapatlah sel-sel baru dihasilkan sebelum kesan jeragat baru terjadi.

4) VIVIK 
Mempunyai antioksida yang tinggi. Antioksidan ini akan menghalang kerosakan sel-sel dan merawat kerosakan.

5) GLA COMPLEX
Dapat melambatkan menopaus dan melegakan simpton menopaus  seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tona kulit yang sekata dan justeru kulit tampak lebih muda.

6) COLLAGEN POWDER  
Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit (dan rambut, kuku, otot, tulang, sendi, mata, saluran darah dan sebagainya). Semakin meningkat usia kita, semakin lambat badan kita hasilkan kolagen, jadi kita boleh mengambil kolagen tambahan untuk mengekalkan dan “melambatkan” penuaan wajah.  




7) SKINCARE YOUTH SHAKLEE 
Mengandungi bahan-bahan yang mencerahkan kulit atau 'brightening agent' antaranya 20% vitamin C dalam Radiance C+E,Niacinamida dan Lactic Acid ada dalam Luminous Gel Cleanser dan Skin Perfecting Toner dan Licorice Root adalah aktif ingredient dalam Renewal Night Cream. Age Defense Moisturizer dengan SFP50 membantu mengurangkan sinar UV dan mengandungi antioksidan untuk membaiki kerosakan kulit akibat sinar UV dan radikal bebas.


TESTIMONI-TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE UNTUK HILANGKAN JERAGAT👇
   









AKHIR SEKALI JANGAN LUPA MENGAMBIL AIR YANG SECUKUPNYA

Pengambilan air yang mencukupi penting dalam membantu usaha kita mencantikkan wajah. Kita perlu sentiasa memastikan kandungan air dalam badan adalah mencukupi. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat atau jeragat mudah terhasil.Kekurangan air juga boleh menyebabkan kulit yang kering, kusam dan seterusnya menjadi bermasalah. Pastikan anda meminum 2-3Liter air setiap hari. Jika selalu terlupa untuk meminum air sebanyak 2-3Liter. Anda juga  boleh mencuba minum Performance Drink Shaklee untuk memastikan anda sentiasa terhidrat.


Bolehlah mencuba petua-petua untuk hilangkan jeragat seperti di atas mengikut kesuaian dan keserasian anda. Sebagai tambahan bolehlah juga amalkan pengambilan produk Shaklee untuk kesihatan keseluruhannya bukan untuk kuit wajah sahaja. 


Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai  Produk Shaklee boleh hubungi saya,saya sedia membantu.


Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak

012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph202




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa b

SERONOKNYA PERCUTIAN SHAKLEE

  Assalamualaikum Semua!   Kalau anda dapat peluang pergi bercuti,sudah tentu seronokkan?.Apa lagi kalau percutian itu ditaja. Dengan kata lain percutian percuma, ditaja sepenuhnya,bestkan!. Rasanya ramai yang suka kalau dapat peluang bercuti ditaja ini ,jaranglah sangat kalau ada yang tidak suka benda yang percumakan? Seperti sudah diketahui, pihak Shaklee ada memberi insentif atau ganjaran kepada pengedar Shaklee yang layak. Ganjaran itu dikenali sebagai 3C iaitu Cash,Car dan Covention. Hari ni saya nak bercerita tentang ganjaran yang ketiga tu iaitu convention. Melalui ganjaran ini, pengedar Shaklee berpeluang menikmati  percutian bertaraf 5 bintang dalam dan luar negara yang kesemuanya ditaja 100% oleh Shaklee. Seronokkan, kita hanya datang bawa badan sahaja,sebb semua sudah disediakan. Biasanya Shaklee akan bagi pilihan trip, samada trip international, regional atau umrah. Antara syarat-syarat nak layakkan diri untuk trip Shaklee ni ialah first sekali anda kenalah  mendaftar menja