Skip to main content

KATA - KATA MOTIVASI - JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA DAN TERUS BERSEMANGAT

Assalamualaikum Semua



Jangan mudah berputus asa,terus buat dan buat, pedulikan apa orang kata,diaorang tidak berada dalam 'kasut' kita ,diorang tidak tahu apa yang kita lalui dan rasai,hendak berjaya ni berusaha sungguh-sungguh jangan mudah mengalah, ingat Allah sentiasa ada bersama kita. Itulah antara kata-kata Arwah ibu saya, bagi saya itulah kata-kata motivasi bagi saya untuk saya terus berani dan kuat menghadapi apa jua cabaran.


Walaupun kini arwah ibu sudah tiada kata-kata semangat yang beliau berikan terus tersemat kukuh di hati dan minda. Menjadi saya seorang yang ingin terus berjaya mengubah diri ,kalau dulu saya seorang sangat pemalu dan penakut tidak berani untuk melakukan sesuatu ,dalam fikiran selalu berfikir 'boleh ke aku buat', nanti apa orang kata''. Mudah mengalah dan berputus asa tetapi kini saya buang perasaan itu dan cuba untuk bangkit mengejar kejayaan dan merealisasikan segala impian.


Impian saya banyak salah satu darinya ingin berjaya dalam bisness yang saya lakukan sekarang iaitu bisness Shaklee. Walaupun masih jauh lagi hendak dicapai tetapi saya akan terus berusaha dan semangat terus,putus asa itu kalau boleh tiada dalam kamus hidup. Alhamdulilah sekarang ini nampaklah sedikit demi sedikit kejayaan itu,walau hasilnya tidak besar mana tetapi itulah titik permulaan untuk saya lebih bersemangat dan maju ke depan. Kena banyak bersabar, kejayaan bukan datang dengan mudah banyak cabarannya apabila saya sudah buat dan berada dalam bisness ini saya teruskan juga walaupun cara sekalipun. Kalau hendak berjaya mesti banyak cabaran dan ujiankan!.



Satu lagi pesanan Arwah Ibu,jaga solat walau sibuk sekali manapun jangan lupa solat. Kalau boleh solatlah di awal waktu dan lakukan penuh khusyuk dan ikhlas. Betul saya sendiri alaminya rasa tenang dan masa itu kita rasa banyak dan panjang masanya. Macam-macam boleh kita lakukan pada masa itu berbanding kalau kita solat penhujung waktu,kita akan rasa masa itu singkat sangat macam tidak cukup, kita rasa tidak dan tergesa-gesa. Dalam solat kita boleh berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan segala urusan diberi kejayaan dunia dan akhirat. Hendak berjaya jaga solat ianya salah cara mempermudahkan pintu rezeki dan solat itu adalah tiang agama dan kekuatan untuk berjaya adalah doa-doa kita kepada Allah, padaNya kita meminta pertolongan.



Itulah entri saya kali ini mengenai  Kata-Kata motivasi untuk memotivasi diri semoga terus mengecap kejayaan dan membina keyakinan dalam diri tidak berputus. Meraih kejayaan itu bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga jangan dilupa. Doakan saya semoga saya berjaya dalam bisness Shaklee ini ke ''rank lebih tinggi.


Kalau yang hendak bertanya mengenai produk Shaklee boleh cari saya. Bolehlah saya bercerita mengenai Promosi-promosi best bulan ni.




Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak

012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE FUN DAY

  Pada 18hb Mac 2023, hari Sabtu baru-baru ini saya berkesempatan menemani suami ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia TNB. Suami saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Setia TNB kerana perkhidamatan suami selama 25 tahun. Anugetah itu di adakan di  Convention Center TNB Pantinum, Bangsar Kuala Lumpur Saya sangat seronok bila dapat sama-sama  menyertaikan Majlis Korporat sebegini kerana ini ada pertama kali buat saya merasai suasana majlis yang gilang-gemilang penuh berprestij.Suasana dewan yang meriah dan gah  Pada tarikh yang sama juga, 18 Mac 2023 telah diadakan ' SHAKLEE FUN DAY' yang berlangsung di empat cawangan Shaklee terpilih iaitu Home Office Petaling Jaya,Branch Kuala Lumpur, Kota Baharu dan jugak Johor Bahru. Malangnya saya tidak dapat menyertai Fun Day itu kerana menemani suami. Istimewanya pada hari tersebut boleh bawa keluarga dan rakan-rakan. Terbahagi kepada 2 kategori, Shaklee Fun Day telah memberi kelebihan kepada ahli baru yang berdaftar pada hari t...

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh ...

KURUS DENGAN SET BAJET SHAKLEE

 Assalamualaikum...Salam Sejahtera  Bagi saya kurus bukan semata-mata untuk  cantik sahaja tetapi lebih kepada menjaga kesihatan untuk sihat tubuh badan . Penjagaan kesihatan adalah penting,jika kita kurangkan berat badan memudahkan urusan seharian dan jauh dari penyakit.  Untuk mendapat badan yang sihat,Shaklee menekankan 3 perkara dalam kehidupan seharian, iaitu kehidupan yang sihat, senaman berkala dan pengambilan supplemen secara bijak.  Menguruskan badan pula, bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan keazaman dan kehendak yang tinggi untuk anda kekal bersemangat dalam penjadualan atau pencatuan makanan harian anda dari habit lama kepada habit yang sihat. 3 Asas Utama Kuruskan Badan Secara Sihat Dan Betul Bakar - lemak yang degil perlu dibakar supaya penurunan berat badan dapat diturunkan dengan lebih berkesan dan cepat.  Buang - Lemak yang telah dibakar perlu dibuang dari badan. Ia perlu dibuang melalui pembuangan najis, peluh dan air kencing. Bina...