Skip to main content

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KERJA DARI RUMAH




Assalamualaikum WBT

Hai!  bertemu lagi dalam blog saya kali ini entri saya tentang kerja dari rumah. Saya fokus kepada wanita berkerjaya yang menjadi isteri dan ibu yang berkerja dari rumah dan surirumah juga.

Kerja Dari Rumah atau "Work From Home'' mula dipraktikkan sejak negara kita berdepan Pandemik Covid-19. Tambah-tambah lagi bagi ibu bapa yang berkerjaya terutama wanita yang bergelar isteri dan ibu. Bukan mudah untuk mereka berkerja di rumah sambil menguruskan keluarga.

Baru sahaja buka komputer riba untuk memulakan kerja anak kecil sudah menangis dan meminta perhatian ibunya. Belum lagi yang mahu susu, makanan dan sebagainya.

Ini adalah antara cabaran yang perlu dilalui wanita bekerja dari rumah,terutamanya yang mempunyai anak kecil.

Berikut adalah kebaikan dan keburukan Kerja Dari Rumah:-

Kebaikan

1.  Kurang Rasa Bersalah - Rasa bersalah bagaimana?. Bayangkan setiap kali anda ingin melangkah keluar rumah untuk bekerja pasti sikecil akan menangis untuk tidak membenarkan anda pergi. JIka bekerja dari rumah anda tidak perlu menghadapi tangisan anak setiap pagi dan anda juga akan mengurangkan rasa bersalah terhadap mereka.

2.  Lebih Mudah Mengatur Jadual -  Anda tidak perlu rungsing untuk mengisi masa terluang yang berkualiti untuk sikecil. Masa untuk bekerja pun anda boleh pilih samada ketika sikecil sedang tidur atau sedang bermain.

3.  Pengisian Masa Ibu dan Anak - Sambil anda bekerja, sambil itu anda boleh melihat pergerakan anak dan keletah mereka. Sebelum ini anda perlu menunggu hujung minggu atau pulang dari tempat kerja untuk meluangkan masa bersama. Paling menyedihkan bila anda pulang dari pejabat anak sudah tidur pada waktu malam.


Keburukan

1. Sukar Bertemu Dengan Orang Baru - Masa anda sedikit terhad untuk keluar dan berjumpa dengan orang baru atau pekerja yang lain. Berbanding di pejabat anda dapat berinteraksi dengan rakan sepejabat tentang tugasan. agak sukar sebenarnya untuk menyiapkan kerja berseorangan dan anda kena pastikan anda tahu apa yang sedang dilakukan.

2.  Gaji Rendah Dan Tidak Stabil - Ibu yang bekerja di rumah bukanlah mendapat pekerjan tetap tetapi menjurus kepada kerja bebas dan sambilan. Jadi anda tahulah bayaran yang diterima kurang dari biasa. Antara bekerja dan menjaga sekecil anda kena had dua darinya sebagai pengorbanan. akan terdapat perbezaan gaji dari masa jika bekerja di rumah.

3. Kurang Produktif Dan Kenaikan Pangkat - Anda terpaksa aturkan samada kerjaya dan sikecil. Walaupun wanita sering dikaitkan dengan "multitask" namun anda tetap tidak dapat beri perhatian sepenuhnya pada pekerjaan. Pelunag untuk menonjol dalam pekerjaan agak sukar lebih-lebih lagi mereka yang bekerja dari rumah.


Jadi sebenarnya untuk menjadi ibu yang bekerja di rumah bukanlah semua ibu mampu. Ia terdorong kepada pendirian anda dan kekuatan anda untuk mengatasi segala masalah jika memilih untuk bekerja dari rumah. JIka anda seorang wanita yang mengejar kerjaya berkerja di rumah bukan sesuai untuk anda.  Sekiranya anda memilih  bekerja dari rumah membuatkan  anda gembira dan rasa terbaik untuk diri anda serta sikecil teruskanlah.


Ini adalah bagaimana cara  untuk mendapat pendapatan  sampingan bagi wanita  bekerja di rumah yang bergelar surirumah.

1.  Menjadi Pengajar - Jika anda berminat untuk berminat untuk mengajar, anda boleh menambah pendapatan dengan memberikan khidmat home tutor kepada anak-anak yang tinggal di kawasan rumah anda. Anda boleh memilih mengajar subjek yang anda minati dan selesa. Malah anda juga boleh memili sama ada mahu menyasarkan peringkar umur kanak-kanak tadika,sekolah randah ataupun sekolah menengah. 

2. Menjadi Pengasuh - Kalau anda jenis yang penyayang dan sukakan buda-budak, menjadi pengasuh adalah pilihan yang tepat untuk anda menambah pendapatan bulanan. Dinasihatkan sekiranya ingin menjadi pengasih adalah baiknya mendaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Dengan ini Ibubapa akan lebih yakin untuk menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh.

3. Menjadi Guru Mengaji - Anda boleh memilih mengajar orang dewasa atau kanak-kanak. Mereka boleh datang ke rumah anda atau anda pergi ke rumah mereka. Sekarang ini  ramai yang mencari guru mengaji disebabkan masing-masing sibuk dan mempunyai kekangan masa dan surau untuk menghadiri kelas mengaji . 

4. Menjadi Home Baker - Tahukah anda bahawa hari ini ada ramai home baker yang beroperasi tanpa perlu mengeluarkan duit untuk menyewa kedai. Jika anda suka membuat kek,pastri,roti,krimpuff dan sebagainya , ini adalah pilihan yang sangat tepat untuk anda. Malah trend sekarang ialah pembeli lebih suka membeli dari home baker kerana harga lebih murah berbanding makanan yang dibeli dari bakeri. Jika anda tidak mempunyai kemahiran, anda bolej menyertai PJJ (Kelas Jarak Jauh) yang ditawarkan oleh sifu-sifu baking di Malaysia.

Dengan bayaran yang semurah RM10 untuk satu kelas,ianya bukanlah jumlah yang mahal. Berbaloi sangat jika dibandingkan dengan keuntungan yang akan anda dapat dikemudian hari.

5. Berniaga Online - Terdapat beberapa platform berniaga online yang sedang hagat pada hari ini seperti  Shopee,Lazada,Facebook ,Instagram.  Yang paling terkini adalah TikTok. Apa yang anda nak jual?. Berapa banyak modal nak keluar sebelum dapat untung?. Adalah dicadangkan anda bermula sebagai droship, dimana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok. Sebagai droship anda cuma perlu buat promosi. Bila ada order anda hantar order ke ibupejabat (HQ) dan ibupejabat akan poskan bagi pihak anda. Mudahkan?. Sudahlah tidak perlu keluarkan modal untuk menyimpan stok,malah anda tidaj perlu keluar untuk  untuk mengepos barang. Nanti apabila perniagaan anda mula berkembang, anda boleh naik taraf kepada ejen dah stokis.

Berkenaan apa yang hendak dijual,terpulang kepada anda untuk memilih produk yang anda minati sama ada pakaian,kosmetik,penjagan kulit  muka ,barang hiasan rumah dan sebagainya.

Sekiranya anda berminat menjadi sebahagian keluarga Shaklee bolehlah hubungi saya. Bisness Shaklee ini boleh dibuat secara online di rumah juga,tidak perlu modal yang banyak. Daftar keahlian hanya  serendah RM35 sahaja. Yang penting produk Shaklee merupakan suplemen yang selamat dan semulajadi. 



 Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak

012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph202

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE FUN DAY

  Pada 18hb Mac 2023, hari Sabtu baru-baru ini saya berkesempatan menemani suami ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia TNB. Suami saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Setia TNB kerana perkhidamatan suami selama 25 tahun. Anugetah itu di adakan di  Convention Center TNB Pantinum, Bangsar Kuala Lumpur Saya sangat seronok bila dapat sama-sama  menyertaikan Majlis Korporat sebegini kerana ini ada pertama kali buat saya merasai suasana majlis yang gilang-gemilang penuh berprestij.Suasana dewan yang meriah dan gah  Pada tarikh yang sama juga, 18 Mac 2023 telah diadakan ' SHAKLEE FUN DAY' yang berlangsung di empat cawangan Shaklee terpilih iaitu Home Office Petaling Jaya,Branch Kuala Lumpur, Kota Baharu dan jugak Johor Bahru. Malangnya saya tidak dapat menyertai Fun Day itu kerana menemani suami. Istimewanya pada hari tersebut boleh bawa keluarga dan rakan-rakan. Terbahagi kepada 2 kategori, Shaklee Fun Day telah memberi kelebihan kepada ahli baru yang berdaftar pada hari tersebut dan

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa b

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN C SHAKLEE

Assalamualaikum...Salam sejahtera Saya dah ambil vitamin C Shaklee ini,sejak tahun 2018 sehingga sekarang. Pengambilan vitamin  yang konsisten membawa banyak perbezaan pada saya. Kalau dulu kulit kusam,kulit sering mengalami kegatalan,selalu demam dan selsema Sekarang tidak lagi kulit rasa bermaya,cerah,rasa anjal dan jarang-jarang mengalami demam,selsema dan batuk. Terdapat banyak pilihan vitamin C di pasaran, sehingga kita tidak tahu hendak memilih yang baik untuk kita. Bagaimana kita hendak mengetahui vitamin manakah yang terbaik?.  Menurut Dr Bruce Miller ada panduan untuk memilih Vitamin C yang baik untuk kita. Adalah seperti berikut: Pilihlah Vitamin C yang memberikan 500 mg per tablet. Pastikan ianya dari sumber semulajadi dan bertindak mengikut pelepasan masa. Mengandungi "bioflavonoids" yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap Vitamin C perlulah mengandungi 120mg "bioflavonoids". Ianya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapan yang optimum di dalam tu