Assalamualaikum WBT..
Hai! bertemu kita lagi dengan entri lain pula. Seronokkan kalau dapat pergi travel ke tempat-tempat yang menarik. Kalau sewaktu bujang atau cuma berdua suami isteri, anda tidak perlu ragu-ragu untuk pergi berjalan-jalan atau melancong dalam atau luar negara. Anda hanya hanya perlu menyiapkan barang-barang keperluan dan beli tiket untuk anda sahaja dan akan terus menuju ke destinasi percutian. Mudahkan tidak perlu fikir perkara-perkara yang berkaitan anak.
Namun setelah mempunyai anak terutamanya yang baru lahir atau masih kecil, semuanya berubah bukan? Tetapi sebenarnya anda tidak perlu risau kerana dengan perancangan yang teliti dan persiapan yang rapi,melancong besama anak bukanlah sesukar yang difikirkan.
Berikut beberapa Tips Travel yang saya kongsikan untuk anda yang hendak bercuti bersama anak kecil:-
Tips 1: Sediakan Kelengkapan Anak Kecil Secukupnya
Pastikan anda menyediakan kelengkapan secukupnya bermula dari pakaian, ubat-ubatan dan makanan terutama bagi anak kecil. Bagi memudahkan penyedian anda boleh senaraikan segala kelengkapan mengikut hari. Buat check list dari hari pertama ke hari terakhir melancong. Asingkan siap-siap dan masukan ke dalam plastik vacum untuk menjimatkan ruang. Jangan lupa untuk labelkan setiap plastik untuk memudahkan anda nanti

Tips 2: Sediakan Beg Galas
Sediakan beg galas kerana anda boleh muatkan segala kelengkapan yang penting di dalam beg ini terutama bila si anak membuang air kecil atau besar dalam pampers anda dengan mudah dapat menukar pampers dan pakaian anak kecil itu. Masukkan juga sehelai dua pakaian lebih untuk anak sebagai persediaan. Dengan ini anda tidak perlu bersusah payah geledah bagasi untuk menukar pakaian. Kan mudah tu!
Tips 3: Bawa Stroller
Jika perjalanan anda memerlukan berjalan kaki yang panjang, anda wajib membawa storller. Pastikan stroller yang compact, mesra travel, ringan dan tahan lasak supaya senang untuk anda membawa ke hulu hilir. Stoller ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada kita, malahan memberikan keselesaan kepada anak.

Tips 4: Ketahui Jarak Perjalanan
Sebelum anda melancong, rancang betul-betul percutian anda samada perlu menaiki kereta, bas, kereta api ataupun kapal terbang. Sedikit tricks parenting, sebelum bertolak dari rumah pastikan anak kekenyangan , penat bermain dan kurang tidur. Supaya dalam perjalanan nanti kurang meragam dan tidur sepanjang perjalanan. Ini akan mempercepatkan perjalanan anda untuk sampai ke destinasi.
Tips 5:Carrier Baby
Bawa carrier baby yang boleh digunakan untuk jalan-jalan. Carrier adalah sangat sesuai untuk pergi tempat ramai orang berbanding dengan stroller yang memakan ruang yang besar dan dari segi keselamatan carrier baby adalah lebih selamat. Ambil giliran dengan pasangan anda supaya tidak letih dan kedua-keduanya dapat menikmati percutian bersama-sama anak.
Tips 6: Bekalan Makanan
Ini sangat penting kerana anak mudah cepat letih dan mudah meragam. Kadang-kadang bila berhenti makan, mereka belum lagi lapar. Oleh itu, pastikan makanan sentiasa ada. Contoh makanan yang boleh dibekalkan ialah nasi impit dan buah-buahan. Kalau boleh bekalkan makanan yang seimbang karbohidrat,protien, buah-buahan dan sayur-sayuran
Tips 7: Penginapan Yang Selesa Dan Kids Friendly
Pilih penginapan yang selesa untuk anak-anak dan pastikan tempat penginapan adalah selamat untuk kanak-kanak. Kalau ada bajet lebih sikit, sewa homestay dan bawa bekalan makanan antaranya makanan dalam tin supaya boleh masak. Anak-anak lebih selesa dan dapat menjimatkan kos percutian. Selain itu, bila berada di luar negara berkemungkinan susah untuk mendapat makanan yang halal. Jika bawa bekalan sendiri mudah dan tidak perlu lagi tercari-cari makanan yang halal dan tidak ada rasa ragu-ragu.
Tips 8 : Bawa Permainan Atau Gadjet Kesukaan Anak
Bila perjalanan memakan masa yang lama, anak mudah cepat bosan dan mula meragam. Jadi, fungsi permainan kesukaan anak-anak adalah untuk mengawal mereka supaya tidak terlalu memberontak. Ibu bapa mesti peka dengan permainan anak-anak contohnya buku colour ataupun block cantum-cantum kesukaan mereka.
Tips 9: Banyakkan Sabar
Bawa anak-anak travel memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Yalah mak ayah 24 jam dengan mereka memang kerenah menjadi terlebih manja. Kerenah dan ragamnya pun menjadi luar biasa. Oleh itu bagi ruang ke anak-anak untuk mereka rehat dan tidur ikut masanya.
Tips 10: Pakaian yang sesuai
Sesuai dengan cuaca dan keadaan. Jika pergi tempat beriklim sejuk pastikan bawak baju sejuk. kanak-kanak mudah demam tidak seperti orang dewasa. Manakala untuk ibu pula pastikan segala persiapan adalah dengan cepat kerana ingin menguruskan diri sendiri serta anak-anak lagi. Pilihlah pakaian yang memudahkan pergerakan dan selesa.
Berjalan bersama anak kecil memerlukan ibubapa mengikut rentak mereka. Elakkan terus berjalan-jalan sedangkan anak kecil anda sudah keletihan, mengantuk dan kelaparan. Keletihan dan kelaparan akan menyebabkan mereka meragam yang mana kerenah mereka mungkin akan membangkitkan kemarahan dan tekanan pada ibubapa. Rancanglah waktu anda dengan memberi ruang rehat secukupnya kepada si manja anda sebelum memulakan aktiviti. Keletihan yang berlebihan juga boleh mengganggu kesihatan si manja.
Secara kesimpulannya, nikmati percutian anda bersama si manja dengan hati yang terbuka dan sentiasa berlapang dada dengan warna-warni kerenah anak-anak anda. Ikhlas dan sabar melayan keletah anak-anak dan menukarkan segala mood negatif kepada percutian yang positif lagi menyeronokkan. Selamat travel bersama keluarga tersayang!
P/S: Sesiapa yang minat Travel bolehlah join Shaklee sebab Shaklee ada menawarkan percutian menarik sebagai ganjaran kepada Ahli-Ahli Shaklee yang layak.
Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak
012 971 5359 | wasap saya | Facebook
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph202
Comments
Post a Comment