Skip to main content

9 TIPS HENDAK BERJAYA DALAM BISNESS ONLINE



Assalamualaikum..Salam Sejahtera

Bertemu kita lagi, entri kali ini tentang tips untuk berjaya dalam bisness online. Sekarang tidak susah hendak berniaga,tiada kedaipun boleh berniga. Apa yang perlu hanyalah komputer riba dan telefon bimbit untuk melakukan bisness secara online.

Saya akan kongsikan beberapa tips yang perlu anda ketahui untuk  berjaya dalam bisnes online.


Tips-tips itulah adalah seperti berikut:

1. Nama Perniagaan - Cari nama perniagaan yang mudah ditaip dan sependek mungkin agar mudah ditaip dan senang diingati. Anda juga boleh memilih nama perniagaan anda berdasarkan nama produk yang anda mahu jual.

2. Bermula Secara Kecil-kecilan - Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga ribuan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan sudah memadai.

3. Mempunyai Strategi Yang Berkesan - Selain itu utuk memastikan  bisness ini berjaya anda juga perlu mempunyai stratefi yang berkesan, bukan sahaja bisness malah pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang teliti dan sempurna. Jika tidak impian itu akan 'stuck'ditengah jalan.

4. Mendengar Dan Mengikut Kemahuan Pelanggan - Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah bisness itu adalah pelanggan(customer). Maka hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan anda akan kehilangan pelanggan dan anda akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak  mereka. Sekurang-kurangnya kemahuan pelanggan memberikan anda sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia bisness.

5. Jangan Hilang Fokus Terhadap Apa Yang Diusahakan - Setiap bisness yang baru ingin berkembang bukan sahaja perlu modal kewangan sahaja tetapi juga perlukan fokus,tenaga,idea kreativiti, masa dan sebagainya. Oleh itu , anda haruslah mengelak daripada menjalankan beberapa bisness yang lain dalam masa serentak dalam satu-satu masa.

Anda janganlah terpengaruh dengan peluang yang boleh mengalihkan fokus bisness anda ketika itu. Sebenarnya itu adalah salah satu cabaran an dugaan terhadap usahawan baru seperti  anda. Fokus kepada bisness anda sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa bisness yang anda usahakan sekarang adalah yang terbaik. 

6. Pemasaran Adalah Nadi Bisness - Pemasaran merupkan nadi bisness yang perlukan perhatian serius oleh pemilik bisness kerana ianya akan menentukan kejayaan bisness anda dalan jangka masa pendek. Tiada cara lain untuk anda bersaing di dalam bisness sekarang melainkan dengan mengkukuhkan cara dan teknik anda dalam melakukan pemasaran.

Walaupun anda memiliki produk yag paling bagus tetapi jika anda gagal menjualnya maka anda tetap orang gagal,gagal dalam memasarkan produk anda sendiri. Justeru itu, anda perlu sentiasa belajar ilmu dan teknik pemasaran yang betul,terkini agar dapat diadaptasi dalam menggerakkan bisness anda.



7. Rajin Belajar - Belajar di sini adalah menerusi pembacaan,memonton video tutorial,menghadiri kelas-kelas tentang bisness dan rajin dalam membuat kajian tentang teknik ataupun cara yang betul dalam melakukan bisness online.

8. Survival - Bisness Online tidaklah semudah yang disangka, ianya perlukan perjuangan dan semangat yang kuat. Hanya mereka yang betul-betul fokus dan berusaha keras akan berjaya. Praktikkan setiap tips yang diperolehi daripada mentor, jangan mudah mengalah dan berputus asa terlalu cepat. Belajar untuk bertindak sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain sepenuhnya. Kelak sikap "survive"inilah yang bakal membantu anda dikemudian hari.

9. Tiada Jalan Singkat - Apa yang penting dalam melakukan bisness online adalah kesabaran. Tiada jalan mudah untuk bertahan lama dan berjaya dalam bisness oline jika kita mempunyai sikap mahu cepat kaya. Buang sifat negatif itu serta mulakan belajar sedikit demi sedikit ilmu bisness online. "Practice makes prefect "!

Kesimpulan

Semakin ramai orang yang terlibat menjalankan bisness online sekarang ini sebagai sumber pendapatan mereka. Namun kerana tidak mengambil berat soal ilmu bisness yang betul menyebabkan ada antara mereka menemui kegagalan. Semoga Tips Bisness Online yang diberikan boleh dipraktikkan dan sedikit sebanyak membantu bisness online anda semakin berkembang maju. 

P/S: Sekiranya anda berminat mahu menjana pendapatan tambahan, marilah join team Shaklee kami. Jangan segan-segan hubungi saya, saya sedia membantu.Untuk pengetahuan jika anda join kami segala bimbingan dan sokongan disediakan untuk anda memulakan bisness. 



Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak

012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph202




Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE FUN DAY

  Pada 18hb Mac 2023, hari Sabtu baru-baru ini saya berkesempatan menemani suami ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia TNB. Suami saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Setia TNB kerana perkhidamatan suami selama 25 tahun. Anugetah itu di adakan di  Convention Center TNB Pantinum, Bangsar Kuala Lumpur Saya sangat seronok bila dapat sama-sama  menyertaikan Majlis Korporat sebegini kerana ini ada pertama kali buat saya merasai suasana majlis yang gilang-gemilang penuh berprestij.Suasana dewan yang meriah dan gah  Pada tarikh yang sama juga, 18 Mac 2023 telah diadakan ' SHAKLEE FUN DAY' yang berlangsung di empat cawangan Shaklee terpilih iaitu Home Office Petaling Jaya,Branch Kuala Lumpur, Kota Baharu dan jugak Johor Bahru. Malangnya saya tidak dapat menyertai Fun Day itu kerana menemani suami. Istimewanya pada hari tersebut boleh bawa keluarga dan rakan-rakan. Terbahagi kepada 2 kategori, Shaklee Fun Day telah memberi kelebihan kepada ahli baru yang berdaftar pada hari t...

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh ...

KURUS DENGAN SET BAJET SHAKLEE

 Assalamualaikum...Salam Sejahtera  Bagi saya kurus bukan semata-mata untuk  cantik sahaja tetapi lebih kepada menjaga kesihatan untuk sihat tubuh badan . Penjagaan kesihatan adalah penting,jika kita kurangkan berat badan memudahkan urusan seharian dan jauh dari penyakit.  Untuk mendapat badan yang sihat,Shaklee menekankan 3 perkara dalam kehidupan seharian, iaitu kehidupan yang sihat, senaman berkala dan pengambilan supplemen secara bijak.  Menguruskan badan pula, bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan keazaman dan kehendak yang tinggi untuk anda kekal bersemangat dalam penjadualan atau pencatuan makanan harian anda dari habit lama kepada habit yang sihat. 3 Asas Utama Kuruskan Badan Secara Sihat Dan Betul Bakar - lemak yang degil perlu dibakar supaya penurunan berat badan dapat diturunkan dengan lebih berkesan dan cepat.  Buang - Lemak yang telah dibakar perlu dibuang dari badan. Ia perlu dibuang melalui pembuangan najis, peluh dan air kencing. Bina...