Skip to main content

Posts

SET MENGANDUNG SHAKLEE - VITAMIN UNTUK WANITA MENGANDUNG

  Assalamualaikum WBT Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan. Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan. Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi d...

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG - APA YANG PERLU DIMAKAN OLEH IBU HAMIL

  Assalamualaikum WBT Mengandung adalah pengalaman yang indah dan menarik lebih-lebih lagi pengalaman mengandung untuk pertama kalinya. Alhamdulillah saya juga diberi pengalaman itu mengandung dan menjadi seorang ibu adalah satu keseronokan dan kegembiraan yang tidak tergambar.  Dari saat mendapat keputusan kehamilan yang positif, menghadiri temujanji ultra sound pertama,mendengar degupan jantung bayi  anda buat kali pertama dan melihat perut semakin membesar hari ke hari, pengalaman ini benar-benar mengubah hidup. Awal kehamilan, ramai ibu yang alami alahan. Saya sendiri alami pening loya dan muntah. Ada juga ibu-ibu yang mengalami alahan yang teruk dan perlu dibawa ke hospital. Itulah cabaran dan dugaan yang perlu ibu-ibu hamil hadapi. Alahan-alahan yang biasa ibu mengandung alami adalah:- - Loya

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh ...

VITAMIN UNTUK WANITA 40AN KE ATAS

Assalamualaikum...Salam Sejahtera    Tahun ini saya sudah berusia 55 tahun,sudah tentu saya sangat menjaga pemakanan seharian dan mengawal berat badan  untuk menjaga kesihatan. Dalam meniti usia yang begini penjagaan kesihatan saya utamakan, oleh itu saya amalkan diet yang sihat. Amalkan pengambilan makanan suku-suku separuh,banyakkan pengambilan air kosong.  Malah saya juga melakukan Intermittent Fasting (IF) dan sudah hampir 5 tahun saya lakukan IF untuk gaya hidup sihat. Disamping itu juga saya mengambil suplemen untuk menambah nutrisi dalam badan dan memilih suplemen yang selamat dan semulajadi. Sudah tentu saya memilih produk Shaklee yang terbukti selamat dan berkesan. Tidak lupa juga saya melakukan senaman, terutamanya berjalan kaki (Brisk Walk). Banyak manfaatnya bila melakukan "Brisk Walk"ini,bagus untuk jantung dan melancarkan perjalanan darah. Secara tidak langsung boleh mengawal gula dalam darah dan menurunkan berat badan. Penjagaan Kesihatan Untuk Wanita ...