Skip to main content

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING

 




Apakah itu Intermittent Fasting?

INTERMITTENT FASTING ialah sistem berpuasa terputus,dilakukan untuk beberapa tujuan. Ramai yang menganggap Intermittent Fasting ini adalah 'diet' sebenarnya ianya adalah cara hidup sihat dalam penjagaan kesihatan.Walau dikatakan boleh makan apa sahaja dalam waktu makan tetapi penjagaan dalam pengambilan makanan harus berhati-hati juga. Masyarakat kita lebih memikirkan yang Intermittent Fasting adalah untuk bagi orang yang hendak cepat kurus semata-mata. Dalam bahasa mudah Interminttent Fasting ini dikenali sebagai IF.

Dalam Intermittent Fasting ada beberapa sistem yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan seseorang itu. Sistem yang paling popular dilakukana adalah 16:8 .Konsep berpuasa 16 jam ini termasuk waktu tidur dan waktu makan 8 jam.

Sebagai orang Islam ini sebenarnya tidak ada jauh bezanya dengan berpuasa pada bulan Ramadhan dan puasa sunat. Tetapi dalam konteks Intermittent Fasting ia sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis Alternate Day Fasting (ADF). Modified Fasting Regime dan Time Restricted Feeding. Semasa berpuasa Intermittent Fasting,anda dibenarkan hanya minum air kosong ataupun sumber yang tidak berkalori seperti kopi tanpa gula.




APAKAH KEBAIKAN UTAMA MELAKUKAN INTERMITTENT FASTING

1. Menghapuskan lemak dan menurunkan berat badan serta memastikan perubahan ini kekal dalam jangka panjang.

2. Menstabilkan semula fungsi homeostasis badan secara semulajadi

3. Mencegah dari penyakit kronik berbahaya seperti darah tinggi dan kencing manis dan juga beransur merawatnya sekiranya anda ada kondisi tersebut

4. Program Intermittent Fasting dapat diikuti dengan mudah kerana dengan berpuasa anda boleh mendapatkan hasil yan mempunyai impak lebih hebat dari segi jasmani dan rohani. Malah orang yang pernah ikuti Intermittent Fasting banyak menyatakan ia lebih senang dilakukan dan dapat menjimatkan wang juga.







KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING

Tidak semua orang boleh mengikut cara Intermittent Fasting dalam rutin harian mereka dan jika dilakukan secara terburu-buru ia hanya membawa keburukan.


1.KESAN SAMPINGAN

Seperti program diet yang lain, Intermittent Fasting juga boleh membawa keburukan. Ada laporan menyatakan mereka mengikuti 'alternate dry fasting'berdepan dengan kesan sampingan seperti sakit kepala,kekurangan tenaga melampau dan sesak nafas. Malah ada yang menghidapi masalah pembuangan iaitu sembelit.


2.PSIKOLOGI

Jika tidak diamalkan dengan betul,Intermittent Fasting juga boleh memberi kesan psikologi terutama kepada mereka yang kurang bersedia secara mental. Malah ada juga kes menjadikan seseorang itu semakin obses dengan makanan  mengamalkan Intermittent Fasting ini.


3.BUKAN UNTUK SEMUA

Walaupun banyak laporan dan testimoni-testimoni dikongsi namun Intermittent Fasting juga boleh membawa risiko kepada golongan tertentu. Sebagai contoh ia tidak sesuai kepada wanita mengandung,individu yang ada masalah pemakanan disorder.


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, Intermittent Fasting (IF) merupakan sejenis diet yang telah mencetuskan fenomena baru dalam dunia kesihatan. Selain itu, ia bukan sahaja mesra pengguna untuk diamalkan malah ia terbukti berkesan dalam menurunkan dan menjaga berat badan, serta memberi manfaat kesihatan yang lain. Namun seperti kaedah diet yang lain, ia memerlukan komitmen dan kesungguhan sekiranya mahu berhasil. Anda juga dinasihatkan untuk tidak mencuba sebarang jenis diet secara melulu. Kaji dahulu sama ada ia sesuai atau tidak untuk anda. Sekiranya mempunyai sebarang masalah kesihatan, minta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang diet. 

Saya sendiri mengamalkan Intermittent Fasting ini sejak dari tahun 2018 lagi sehingga kini.Saya lakukan bukan kerana untuk kurus semata-mata tetapi  lebih kepada penjagaan kesihatan. Memang tidak dinafikan pada awal puasa Intermittent Fasting ini saya mengalami pening-pening,lesu dan kulit kering. Solusi untuk mengatasi masalah saya hadapi saya mengambil suplemen dari Shaklee.

SUPLEMEN TERBAIK salah satu solusi untuk kita menambah dan membaiki nutrisi-nutrisi yang kurang dalam badan dan menguatkan imun badan juga.




Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh klik ni
>>> INTERMITTENT FASTING

 

Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak
012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023




Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE FUN DAY

  Pada 18hb Mac 2023, hari Sabtu baru-baru ini saya berkesempatan menemani suami ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia TNB. Suami saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Setia TNB kerana perkhidamatan suami selama 25 tahun. Anugetah itu di adakan di  Convention Center TNB Pantinum, Bangsar Kuala Lumpur Saya sangat seronok bila dapat sama-sama  menyertaikan Majlis Korporat sebegini kerana ini ada pertama kali buat saya merasai suasana majlis yang gilang-gemilang penuh berprestij.Suasana dewan yang meriah dan gah  Pada tarikh yang sama juga, 18 Mac 2023 telah diadakan ' SHAKLEE FUN DAY' yang berlangsung di empat cawangan Shaklee terpilih iaitu Home Office Petaling Jaya,Branch Kuala Lumpur, Kota Baharu dan jugak Johor Bahru. Malangnya saya tidak dapat menyertai Fun Day itu kerana menemani suami. Istimewanya pada hari tersebut boleh bawa keluarga dan rakan-rakan. Terbahagi kepada 2 kategori, Shaklee Fun Day telah memberi kelebihan kepada ahli baru yang berdaftar pada hari tersebut dan

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa b

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN C SHAKLEE

Assalamualaikum...Salam sejahtera Saya dah ambil vitamin C Shaklee ini,sejak tahun 2018 sehingga sekarang. Pengambilan vitamin  yang konsisten membawa banyak perbezaan pada saya. Kalau dulu kulit kusam,kulit sering mengalami kegatalan,selalu demam dan selsema Sekarang tidak lagi kulit rasa bermaya,cerah,rasa anjal dan jarang-jarang mengalami demam,selsema dan batuk. Terdapat banyak pilihan vitamin C di pasaran, sehingga kita tidak tahu hendak memilih yang baik untuk kita. Bagaimana kita hendak mengetahui vitamin manakah yang terbaik?.  Menurut Dr Bruce Miller ada panduan untuk memilih Vitamin C yang baik untuk kita. Adalah seperti berikut: Pilihlah Vitamin C yang memberikan 500 mg per tablet. Pastikan ianya dari sumber semulajadi dan bertindak mengikut pelepasan masa. Mengandungi "bioflavonoids" yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap Vitamin C perlulah mengandungi 120mg "bioflavonoids". Ianya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapan yang optimum di dalam tu