Skip to main content

IDEA MENU SAHUR SIHAT

 






Untuk memastikan kita bertenaga sepanjang hari, makanan sahur yang berkhasiat dan mengenyangkan amat penting untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadhan.


Jom semak makanan sahur yang mengenyangkan & memberi tenaga sepanjang hari!

1. Oat

Oat merupakan antara hidangan sihat yang popular.

Terdapat banyak khasiat dalam oat antaranya karbohidrat kompleks dan serat yang membekalkan tenaga serta membuatkan kita kenyang dengan lebih lama.

Kalau oat terasa ‘plain’, boleh tambahkan buah-buahan atau kekacang supaya lebih sedap di samping memberi khasiat lebih. 





2. Sayur-sayuran

Puasa juga memberi peluang kepada kita untuk mengawal pemakanan. Apa kata sediakan sup sayur ketika sahur.

Mungkin ada yang takut lapar disebabkan bersahur hanya makan sayur. Jangan risau kerana nutrisi daripada sayur dapat mengurangkan keinginan kita untuk makan.


Beberapa jenis sayur seperti kubis bunga, brokoli dan lobak merah sangat sesuai untuk dimakan ketika sahur kerana rendah kalori dan tinggi kandungan air.


3. Telur

Telur ialah antara makanan yang paling mudah disediakan. Tapi, ia juga merupakan antara makanan yang paling berkhasiat.

Apa yang membuatkan telur sebagai makanan wajib untuk sahur ialah kerana kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan lemak sihat, vitamin, mineral serta rendah kalori.

Kandungan nutrisi yang tinggi inilah membuatkan kita kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan rasa lapar pada siang hari.  


4. Avokado

Semangkuk avokado yang dimakan waktu sahur mampu mencegah rasa lapar ketika berpuasa. Sebiji avokado mengandungi serat serta lemak sihat yang memerlukan waktu yang lama untuk dihadam. Ia juga kaya dengan khasiat lain seperti folat, kalium dan vitamin E untuk kesihatan menyeluruh. Sebab itulah kita akan rasa kenyang lebih lama. 


5. Buah Epal

Khasiat dari sebiji epal juga dapat membantu kita rasa lebih bertenaga ketika berpuasa.

Kandungan air dan serat yang tinggi mampu mengekalkan rasa kenyang pada masa yang lama.

Epal bukan sahaja rendah kalori, malah kaya dengan vitamin seperti kalium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan.

Jangan buang kulit epal ya! Kulit epal mengandungi serat pektin yang turut berfungsi untuk mengawal nafsu makan.


 

6. Kekacang

Kacang seperti badam dan gajus amat sesuai untuk dijadikan makanan sampingan dalam hidangan sahur.

Kandungan penting seperti serat, protein dan karbohidrat kompleks dalam kacang amat membantu dalam membekalkan tenaga sepanjang hari.

Elakkan mengambil kacang yang mengandungi perasa tambahan seperti garam atau gula supaya khasiatnya terpelihara. 


 

7. Barli / Muesli

Hari-hari makan nasi pun boring juga kan?

Jika anda mahukan kelainan, anda juga boleh cuba barli atau muesli untuk dimakan ketika sahur.

Padat dengan khasiat serat dan protein, kedua-dua ini ialah makanan yang menggabungkan kebaikan daripada bijirin berserat tinggi.

Barli boleh diolah menjadi bubur manis atau savouri.

Manakala muesli padat dengan kebaikan daripada kekacang, buah-buahan kering dan bijian.

Sangat enak dimakan dengan susu segar atau susu lain pilihan anda.

Selain dimakan sebagai bijirin, muesli juga datang dalam bentuk bar yang lebih mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana. 

makanan sahur mengenyangkan


Ikan juga cukup popular sebagai makanan yang tinggi khasiat protein bagi membekalkan tenaga ketika berpuasa.

Lebih-lebih lagi ikan seperti salmon dan tuna yang tinggi kandungan lemak omega-3, ia turut membantu untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Dengan memadankan ikan panggang dengan sayuran berkhasiat anda boleh menyediakan hidangan sahur berkhasiat di rumah dengan mudah. 

makanan sahur mengenyangkan

9. Kurma

Kebaikan makanan sunnah ini tidak perlu diperkenalkan lagi.

Dengan rasa manis semulajadi, buah kurma bukan sahaja sunnah untuk dimakan sewaktu berbuka, namun digalakkan juga untuk dimakan ketika bersahur.

Khasiat seratnya yang tinggi membantu untuk anda kekal rasa kenyang lebih lama serta baik untuk penghadaman. 

makanan sahur mengenyangkan

10. Beras Perang 

Beras perang merupakan satu lagi bijirin yang kaya dengan karbohidrat kompleks. Hidang beras perang ketika bersahur dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.

Kandungan GI (glycemic index) yang rendah dalam beras perang juga membuatkan ia sesuai untuk dijadikan diet harian bagi mengawal gula dalam darah.

Ia juga membekalkan khasiat penting lain seperti kalsium, vitamin B1, vitamin B6 dan magnesium

makanan sahur mengenyangkan

11. Daging Merah

Selain ikan, anda juga boleh menyediakan hidangan berasaskan daging merah sebagai sumber protein.

Daging merah juga kaya dengan zat besi dan B12 yang baik untuk kesihatan darah.

Untuk mendapatkan khasiat penuh dari daging merah, pastikan anda memilih daging segar dan elakkan daripada membeli daging yang diproses.  

makanan sahur mengenyangkan



Untuk lebih senang dan mudah selain dari makanan sahur yang disebut di atas, ianya juga merupakan Idea Menu Sahur Sihat adalah bersahur dengan Set Puasa Shaklee. Semudah 1-2-3.







Bersahur dengan ESP dan Cinch  Shaklee membuat kita merasa bertenaga dan kenyang sepanjang menjalani ibadah berpuasa.


Pengalaman saya sendiri bersahur dengan  ESP dan Cinch Shaklee membuatkan saya rasa bertenaga,segar dan kurang mengantuk. Perut pun rasa selesa tidak pedih-pedih,tidak rasa berangin,rasa gembira dan seronok berpuasa.Dapat menjalani rutin harian seperti biasa tanpa rasa kepenatan.

Berikut adalah berapa resepi Dari ESP dan Cinch yang sesuai sebagai Menu Bersahur 



      Credit Picture Maestro
 


    Credit Picture Maestro

    Credit Picture Maestro

   Credit Picture Maestro

    Credit Picture Maestro


Bulan Ramadhan memberi peluang untuk kita berebut-rebut mengejar pahala dan pengampunan dari Allah.

Bukan itu sahaja, ia juga memberi peluang kepada kita untuk mengawal dan merangka semula tabiat pemakanan kita.








Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh klik ni
>>> 
MENU SAHUR
>>>

Asnah Idris | Pengedar Shaklee Gombak
012 971 5359 | wasap saya | Facebook


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023







Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE FUN DAY

  Pada 18hb Mac 2023, hari Sabtu baru-baru ini saya berkesempatan menemani suami ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia TNB. Suami saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Setia TNB kerana perkhidamatan suami selama 25 tahun. Anugetah itu di adakan di  Convention Center TNB Pantinum, Bangsar Kuala Lumpur Saya sangat seronok bila dapat sama-sama  menyertaikan Majlis Korporat sebegini kerana ini ada pertama kali buat saya merasai suasana majlis yang gilang-gemilang penuh berprestij.Suasana dewan yang meriah dan gah  Pada tarikh yang sama juga, 18 Mac 2023 telah diadakan ' SHAKLEE FUN DAY' yang berlangsung di empat cawangan Shaklee terpilih iaitu Home Office Petaling Jaya,Branch Kuala Lumpur, Kota Baharu dan jugak Johor Bahru. Malangnya saya tidak dapat menyertai Fun Day itu kerana menemani suami. Istimewanya pada hari tersebut boleh bawa keluarga dan rakan-rakan. Terbahagi kepada 2 kategori, Shaklee Fun Day telah memberi kelebihan kepada ahli baru yang berdaftar pada hari tersebut dan

3 DOA MUDAH UNTUK WANITA

  Assalamualaikum W.B.T Pengertian doa adalah permintaan, permohonan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang diucapkan dengan penuh keikhlasan, kerendahan hati dan berseunggu-sungguh terhadap apa yang dimohon. Entri saya kali ini, saya  berkongsi  3 doa mudah untuk wanita, yang boleh diamalkan hari-hari. Doa-doa ini adalah doa yang saya selalu amalkan  dalam  kehidupan seharian terutama selepas solat. Sebelum itu kita ketahui terlebih dahulu adab-adab berdoa. ADAB-ADAB BERDOA Mengikhlaskan hati kepada Allah. Mengangkat kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sehingga kelihatan putih dua ketiaknya sebagai tanda kesungguhan kita memohon sesuatu daripada Allah Memulakan doa dengan tahmid kepada Allah SWT dan diiringi dengan salawat kepada Nabi SAW, diikuti dengan permohonan apa-apa yang dihajatkan. Doa yang paling utama ialah memohon keampunan dan keredhaan Allah sebelum memohon perkara-perkara yang lain. Permohonan juga boleh dimohon dengan apa-apa b

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN C SHAKLEE

Assalamualaikum...Salam sejahtera Saya dah ambil vitamin C Shaklee ini,sejak tahun 2018 sehingga sekarang. Pengambilan vitamin  yang konsisten membawa banyak perbezaan pada saya. Kalau dulu kulit kusam,kulit sering mengalami kegatalan,selalu demam dan selsema Sekarang tidak lagi kulit rasa bermaya,cerah,rasa anjal dan jarang-jarang mengalami demam,selsema dan batuk. Terdapat banyak pilihan vitamin C di pasaran, sehingga kita tidak tahu hendak memilih yang baik untuk kita. Bagaimana kita hendak mengetahui vitamin manakah yang terbaik?.  Menurut Dr Bruce Miller ada panduan untuk memilih Vitamin C yang baik untuk kita. Adalah seperti berikut: Pilihlah Vitamin C yang memberikan 500 mg per tablet. Pastikan ianya dari sumber semulajadi dan bertindak mengikut pelepasan masa. Mengandungi "bioflavonoids" yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap Vitamin C perlulah mengandungi 120mg "bioflavonoids". Ianya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapan yang optimum di dalam tu